Entries by

KEMAS Negeri Johor Rangkul Johan Konvensyen Kumpulan Inovatif & Kreatif 2019

Putrajaya – “Sambutan Hari Inovasi KEMAS yang diadakan setiap tahun ini adalah selaras dengan usaha kerajaan untuk menjadikan inovasi sebagai salah satu agenda utama dalam mencapai status negara maju yang berpendapatan tinggi. Inovasi juga menjadi perkara penting yang harus diberikan perhatian dalam pelaksanaan tugasan kerana inovasi mengalakkan daya saing dan mampu memacu kecemerlangan.” YBhg. Dato’ […]

Hari Potensi KEMAS

Program Hari Potensi KEMAS merupakan acara tahunan dan dijadikan sebagai aktiviti kokurikulum TABIKA yang melibatkan kanak-kanak seawal usia 5 dan 6 tahun yang mengikuti pendidikan awal kanak-kanak di TABIKA KEMAS seluruh Malaysia. Ianya merupakan satu pertandingan bermula di peringkat daerah/parlimen/zon, kemudian ke peringkat negeri dan seterusnya akan mewakili negeri masing-masing ke peringkat kebangsaan. Tujuan utamanya […]

Program Diploma Perguruan Malaysia Tingkatkan Profesionalime Guru KEMAS

SERDANG – Program pendidikan awal kanak-kanak telah menjadi teras utama dalam agenda pembangunan masyarakat oleh KEMAS disamping program dan aktiviti KEMAS yang lain. Oleh itu, KEMAS terus komited dalam memberi tumpuan yang sewajarnya bagi meningkatkan lagi mutu perkhidmatan dan tahap profesionalisme Pemaju Masyarakat TABIKA dan TASKA. Peningkatan tahap profesionalisme dan pemerkasaan Pemaju Masyarakat (guru) KEMAS […]

TABIKA KEMAS Pintar Botani Beri Manfaat Besar Kepada Kanak-Kanak

Terdapat banyak kajian telah menunjukkan bahawa kanak-kanak yang terlibat aktif dalam program dan aktiviti sosial di luar kelas seperti bertani atau berkebun akan cenderung untuk mempunyai tahap kesihatan fizikal dan mental yang lebih baik. Penglibatan tersebut juga adalah faktor yang menyumbang kepada suasana pembelajaran yang lebih baik di sekolah, kanak-kanak mempunyai keupayaan sosial serta emosi […]

Islam & Anak Perempuan

Suatu ketika dahulu, kehidupan bangsa Arab jahiliah sebelum perutusan Nabi Muhammad S.A.W menyaksikan wanita bukan sahaja dinafikan hak, bahkan dipandang sebagai punca kepada aib, dianggap mendatangkan sial dan penyebab kepada kemiskinan hingga anak perempuan ditanam hidup-hidup. Perkara ini Allah S.W.T rakamkan di dalam al-Quran melalui firman-Nya: “Dan apabila seseorang daripada mereka diberi khabar dengan (kelahiran) […]

Wanita Inspirasiku (WINS)

Golongan wanita berperanan penting dalam memastikan kesejahteraan kehidupan sesebuah keluarga dan masyarakat memandangkan mereka merupakan sebahagian daripada anggota masyarakat. Menyedari pelbagai peranan wanita di dalam keluarga, masyarakat, ekonomi malahan politik, pelbagai usaha dan strategi telah dibentuk bagi melibatkan wanita secara berkesan dalam proses pembangunan supaya potensi wanita dapat dioptimumkan (Dasar Wanita Negara, 1989). Wanita hari […]

Masa Adalah Makhluk Allah Yang Ajaib

Masa adalah satu makhluk Allah S.W.T yang ajaib. Ia tidak perlu menonjolkan dirinya bagi membuktikan kewujudannya di alam ini. Apabila jam berdetik, “masa” dinamakan saat. Apabila matahari jatuh di ufuk Barat, “masa” dinamakan pula hari. Apabila kitaran bumi sudah lengkap mengelilingi matahari dalam kiraan 365 hari, “masa” bertukar nama menjadi tahun. Itulah keajaiban “masa”, geraknya […]

Integriti Dalam Kehidupan

Perbendaharaan kata integriti pada asalnya bukanlah merujuk kepada konsep yang ada hubung kaitnya dengan kehidupan manusia. Menurut Oxford English Dictionary, perkataan ini yang berakar umbi daripada kata adjektif bahasa Latin ‘integer’ diguna pakai asalnya untuk menggambarkan keutuhan sesuatu struktur atau binaan (structural integrity). Hanya pada 1659, kosa kata ini diperluaskan penggunaannya untuk membezakan konsep benar […]

TABIKA KEMAS Pintar STREAM – Robotik Dilancar

Kuala Lumpur – “Malaysia hari ini adalah antara negara yang sedang bergerak ke hadapan dalam perkembangan Revolusi Industri 4.0. Salah satu teras utama dalam revolusi ini adalah kecerdasan buatan (Artificial Intelligence) atau A.I yang mana manusia akan semakin bergantung kepada robot pada masa akan datang”. YB Datuk Seri Rina Mohd Harun, Menteri Pembangunan Luar Bandar […]

TABIKA KEMAS Pintar STREAM

REVOLUSI INDUSTRI 4.0 Secara umumnya, Industri 4.0 pertama bermula di Jerman pada tahun 2011 semasa pameran teknologi industri dan perdagangan terbesar di Jerman.  Pada akhir 2013, Revolusi Industri 4.0 (Industrial Revolution 4.0 atau IR4.0) muncul dan merupakan kesinambungan daripada peningkatan automosi beserta rangkaian Internet dan proses-proses fizikal lain. Teknologi baru tersebut termasuklah automasi, simulasi, analisis […]