Jangan Sampai Lemas Dalam Ujian Kesenangan
“Sabar ye! Pasti ada hikmah Allah di sebalik ujian kesenangan, ketampanan, nama baik dan harta awak yang bertimbun ini. Saya percaya, jika awak mampu sabar atas ujian ini, Allah akan gantikan awak dengan ganjaran yang sangat besar.”
قَالَ إِنَّمَا أُوتِيتُهُ عَلَى عِلْمٍ عِنْدِي أَوَلَمْ يَعْلَمْ أَنَّ اللَّهَ قَدْ أَهْلَكَ مِنْ قَبْلِهِ مِنَ الْقُرُونِ مَنْ هُوَ أَشَدُّ مِنْهُ قُوَّةً وَأَكْثَرُ جَمْعًا وَلَا يُسْأَلُ عَنْ ذُنُوبِهِمُ الْمُجْرِمُونَ
Ertinya: Qarun menjawab (dengan sombongnya): “Aku diberikan harta kekayaan ini hanyalah disebabkan pengetahuan dan kepandaian yang ada padaku”. (Kalaulah Qarun bijak pandai) tidakkah dia tahu bahawa Allah telah binasakan sebelumnya, umat yang telah lalu, orang yang lebih kuat daripadanya dan lebih banyak mengumpulkan harta kekayaan ? Dan (ingatlah) orang yang berdosa (apabila mereka diseksa) tidak lagi ditanya tentang dosa mereka, (kerana Allah sedia mengetahuinya) (al-Qasas [28:78]).