PANDUAN TEMU DUGA SECARA DALAM TALIAN

Perkara yang perlu anda lakukan jika berjaya hadir temu duga secara dalam talian.

1) Pilih peralatan yang selesa dan sesuai anda gunakan semasa sesi temu duga dijalankan:

  • Komputer perlu dilengkapi Webcam
  • Laptop (Kebiasaanya kamera telah tersedia)
  • Telefon Pintar
  • Tablet

2) Aplikasi yang akan digunakan semasa temu duga seperti:

  • Google Meet (Perlu Daftar Google Account jika belum memiliki E-mel GMAIL)
  • Webex
  • Zoom

3) Talian Internet juga perlu diambilkira:

  • Cuba berlatih dengan keluarga atau rakan-rakan bagi mengenalpasti kualiti audio dan visual.

4) Pastikan nama alamat e-mel yang akan digunakan semasa sesi temu duga adalah nama dalam surat tawaran (memudahkan urusetia untuk mengenalpasti anda adalah calon sebenar)

  • Boleh buat pindaan pada bahagian ‘Setting Personal Info’ (Akaun Google)

5) Pilih lokasi yang paling sesuai untuk pelaksanaan sesi temu duga:

  • Cukup pencahayaan
  • Jauh dari gangguan bunyi bising
  • Latar belakang yang sesuai

6) Jarak kedudukan tempat duduk dan peranti:

  • Anggaran jarak antara kamera dan anda lebih kurang setengah depa (45.72cm)
  • Kamera peranti paras mata
  • Panel penemu duga dapat melihat anda dari hujung kepala sehingga hujung kaki (jika diminta berdiri)

7) Etika Pakaian

  • Bersesuaian, sopan dan tidak mencolok mata
  • Gunakan ‘tanda nama’ (jika ada)

** Peringatan: Sesi temu duga adalah untuk memohon jawatan kerja bukan untuk memperagakan fesyen.

8) Elakkan gangguan pada peranti yang digunakan

  • Sangat berisiko jika menggunakan telefon pintar. (Jika menggunakan telefon pintar tolak semua panggilan dan aplikasi pesanan)
  • Tutup semua aplikasi pada komputer atau laptop

9) Tepati Masa

  • Bagi mengelakkan sebarang masalah dan kelewatan, pastikan anda bersedia 5 minit lebih awal.

10) Mata memandang tepat pada kamera bila berkomunikasi dengan panel temu duga

  • Beri tumpuan sepenuhnya pada sesi temu duga

** Peringatan: Gerak geri anda sentiasa diperhatikan dan dinilai.

11) Jangan mencelah semasa panel temu duga sedang berkomunikasi

  • Semua karektor anda diperhatikan dan dinilai
  • Jawab bila ditanya dan ingatlah anda bukan dihukum sebaliknya anda hanya disoal tentang perkara berkaitan jawatan dan perihal diri anda.

Semoga ianya memberi manfaat kepada anda semua.

Temu duga adalah ruang dan peluang yang perlu dimanfaatkan sepenuhnya untuk anda memperolehi segala yang anda impikan. Jangan sia-siakan peluang ini.

Selamat Berjaya!

OLEH: UNIT KOMUNIKASI KORPORAT KEMAS