Soalan Lazim

Bilakah saya boleh mendaftar anak saya di Tabika KEMAS?

Kanak-kanak yang berumur 4 hingga 6 tahun boleh mendaftar mulai bulan Jun hingga Disember untuk kemasukan ke tahun berikutnya.

Bagaimanakah saya boleh mendaftarkan anak saya ke Tabika KEMAS?

Ibu bapa/penjaga yang ingin mendaftar anak-anak mereka boleh mendapatkan borang pendaftaran di Tabika yang berdekatan dengan kawasan kediaman dengan membawa salinan surat kelahiran.

Bilangan pengambilan kanak-kanak terhad kepada 30 orang sahaja. Keutamaan diberi kepada kanak-kanak berumur 6 tahun dan mendaftar awal.

Berapakah yuran yang perlu saya bayar?

Ibu bapa/penjaga perlu membayar dua (2) jenis bayaran iaitu :

1. Yuran pendaftaran sebanyak RM10 bagi membiayai insurans kanak-kanak dan sebagai komitmen ibu bapa menghantar anaknya hadir belajar di Tabika KEMAS.

2. Sumbangan ibu bapa sebanyak RM10 hingga RM25 mengikut persetujuan jawatankuasa bagi membiayai perkara-perkara berikut :

  1. Elaun Pembantu Pemaju Masyarakat (sukarela)
  2. Sewaan bangunan
  3. Bayaran utiliti
  4. Aktiviti kokurikulum yang melibatkan kanak-kanak, ibu bapa dan masyarakat

Sumbangan ini dikutip sehingga kerajaan membiayai perkara-perkara tersebut di atas.

Bagaimanakah saya boleh mengetahui perkembangan dan kemajuan anak saya?

Setiap Tabika KEMAS akan mengadakan Hari Terbuka sebanyak 2 kali setahun iaitu pada bulan Mei dan Oktober untuk berbincang dengan guru berkaitan perkembangan dan pencapaian anak-anak mereka.

Namun demikian, ibu bapa juga boleh bertemu dengan guru dan bertanya secara terus pada setiap masa semasa sesi persekolahan.

Berapa lamakah tempoh pengajaran dan pembelajaran di Tabika KEMAS?

Tempoh pengajaran dan pembelajaran di Tabika KEMAS adalah 3 1⁄2 jam mulai jam 8.00 pagi hingga 11.30 pagi. Selain itu, KEMAS turut melaksanakan tambahan masa 2 jam ( 1 jam bagi setiap sesi) seminggu selepas waktu pengajaran dan pembelajaran untuk menjalankan aktiviti kokurikulum seperti kelas fardhu ain dan iqra`, bahasa inggeris, muzik, seni mempertahankan diri atau senaman dan seni tari mengikut keperluan.

Apakah kukurikulum yang digunakan semasa sesi pengajaran dan pembelajaran di Tabika KEMAS?

Tabika KEMAS mengguna pakai Kurikulum Prasekolah Kebangsaan (KPK) mengikut Akta Pendidikan 1996 (pindaan 2002) yang digubal oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.

Anak anda akan belajar mengikut 6 komponen pembelajaran yang dilaksanakan secara bersepadu iaitu :-

  1. Bahasa dan komunikasi
  2. Perkembangan Kognitif
  3. Kerohanian dan Moral
  4. Perkembangan Sosio emosi
  5. Perkembangan Fizikal
  6. Kreativiti dan Estetika

Bagaimana kami mahu menghubungi pihak KEMAS bagi mendapatkan maklumat lanjut?

Sila hubungi KEMAS Negeri berhampiran anda seperti maklumat dibawah

NEGERI ALAMAT TEL/FAKS EMEL
Ibu Pejabat JABATAN KEMAJUAN MASYARAKAT (KEMAS), KEMENTERIAN KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH
Aras 5-9, No 47, Persiaran Perdana, Presint 4, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62100 Putrajaya.
Tel: +603-8891 2000
Faks: +603-8888 2312
Emel: info[@]kemas.gov.my
Perlis JABATAN KEMAJUAN MASYARAKAT (KEMAS) PERLIS 
Tingkat Bawah, Bangunan Persekutuan Lama,
01000 Kangar, Perlis Indera Kayangan.
Tel: 04 – 976 1023 / 977 4860
Faks : 04 – 976 3772
Emel: kemas_perlis[@]kemas.gov.my
Kedah JABATAN KEMAJUAN MASYARAKAT (KEMAS) KEDAH
Aras 2, Zon A, Wisma Persekutuan
Pusat Pentadbiran Kerajaan
06550 Bandar Muadzam Shah
Anak Bukit, Kedah Darul Aman
Tel: 04 – 732 2966 / 6891
Faks : 04 – 732 4075
Emel: kemas_kedah[@]kemas.gov.my
Pulau Pinang JABATAN KEMAJUAN MASYARAKAT (KEMAS) PULAU PINANG
Aras 2, Anjung A,
Wisma Persekutuan Seberang Perai Utara
Jalan Bertam
13200 Kepala Batas
Pulau Pinang
Tel : 04 – 575 5781 / 575 5762
Faks : 04 – 575 5760
Emel: kemas_penang[@]kemas.gov.my
Perak JABATAN KEMAJUAN MASYARAKAT (KEMAS) PERAK
Block C, Tingkat 2-3
Bangunan Persekutuan Guna Sama
Jalan Dato’ Seri Ahmad Said
30450 Ipoh
Perak Darul Ridzuan
Tel : 05 – 2535322
Faks : 05 – 25587003
Emel: kemas_perak[@]kemas.gov.my
Selangor JABATAN KEMAJUAN MASYARAKAT (KEMAS) SELANGOR
Lot 03-04, Tingkat 3,
Kompleks PKNS, Persiaran Tasik
40505 Shah Alam
Selangor Darul Ehsan
Tel: 03 – 5519 3044
Faks : 03 – 5519 9533
Emel: kemas_selangor2[@]kemas.gov.my
Negeri Sembilan JABATAN KEMAJUAN MASYARAKAT (KEMAS) NEGERI SEMBILAN
Tingkat 6, Wisma Persekutuan
Jalan Dato’ Abdul Kadir
70000 Seremban
Negeri Sembilan
Tel: 06-763 8114
Faks : 06-764 0844
Emel: kemas_sembilan[@]kemas.gov.my
Melaka JABATAN KEMAJUAN MASYARAKAT (KEMAS) MELAKA
Tingkat 2, Menara Persekutuan
Jalan Persekutuan, Hang Tuah Jaya
75450 Ayer Keroh, Melaka
Tel: 06-234 5000
Faks : 06-234 5010
Emel: kemas_melaka[@]kemas.gov.my
Johor JABATAN KEMAJUAN MASYARAKAT (KEMAS) JOHOR
Tingkat 6, Blok A, Wisma Persekutuan,
Jalan Air Molek,
80000 Johor Bahru, Johor Darul Takzim
Tel : 07-2278941
Faks : 07-2241579
Emel: kemas_johor[@]kemas.gov.my
Pahang JABATAN KEMAJUAN MASYARAKAT (KEMAS) PAHANG
Tingkat 5 Wisma Persekutuan,
Jalan Gambut
25000 Kuantan
Pahang Darul Makmur
Tel : 09-516 1636
Faks : 09-515 8177
Emel: kemas_pahang[@]kemas.gov.my
Terengganu JABATAN KEMAJUAN MASYARAKAT (KEMAS) TERENGGANU
Tingkat 10, Wisma Persekutuan
Jalan Sultan Ismail
20200 Kuala Terengganu
Terengganu Darul Iman
Tel : 09-622 1321
Faks : 09-622 6422
Emel: kemas_terengganu[@]kemas.gov.my
Kelantan JABATAN KEMAJUAN MASYARAKAT (KEMAS) KELANTAN
Tingkat 9, Wisma Persekutuan
Jalan Bayam, 15517 Kota Bharu
Kelantan Darul Naim
Tel: 09 – 744 1051
Faks : 09 – 744 7723
Emel: kemas_kelantan[@]kemas.gov.my
Sabah JABATAN KEMAJUAN MASYARAKAT (KEMAS) SABAH
Aras 5, Blok A,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Sabah
Jalan UMS – Sulaman Likas
Peti Surat 11281
88800 Kota Kinabalu, Sabah
Tel : 088 – 488 407
Faks : 088 – 488 411
Emel: kemas_sabah[@]kemas.gov.my
Sarawak JABATAN KEMAJUAN MASYARAKAT (KEMAS) SARAWAK
Tingkat 6 & 7, Bangunan Sultan Iskandar
Jalan Simpang Tiga,
93300 Kuching, Sarawak
Tel : 082 – 251 420
Faks : 082 – 244 460
Emel: kemas_sarawak[@]kemas.gov.my
Wilayah Persekutuan JABATAN KEMAJUAN MASYARAKAT (KEMAS) WILAYAH PERSEKUTUAN
Tingkat 28, Menara TH Perdana
Jalan Sultan Ismail
55250 Kuala Lumpur
Tel : 03 – 2698 8080
Faks : 03 – 2698 8562
Emel: kemas_wilayah[@]kemas.gov.my

Soalan Lazim Perintah Kawalan Pergerakan (MOVEMENT CONTROL ORDER)

Adakah premis Taman Bimbingan Kanak-Kanak (TABIKA) dan Taman Asuhan Kanak-Kanak (TASKA) KEMAS di seluruh negeri beroperasi sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan?

Tidak. Seluruh Taman Bimbingan Kanak-Kanak (TABIKA) dan Taman Asuhan Kanak-Kanak (TASKA) KEMAS telah memberhentikan pengoperasiannya bermula 18 – 31 Mac 2020

Adakah apa-apa proses penyahjangkitan COVID-19 dijalankan ke atas premis KEMAS termasuk TABIKA/TASKA KEMAS dan Pusat-pusat Latihan KEMAS?

Proses Basmi Kuman (Disinfeksi) hanya akan dilakukan sekiranya terdapat kes positif COVID-19

Adakah Yuran sumbangan oleh ibubapa ke Taman Bimbingan Kanak-Kanak (TABIKA) dan Taman Asuhan Kanak-Kanak (TASKA) KEMAS dikembalikan disebabkan oleh COVID-19?

Yuran sumbangan oleh ibubapa tidak akan dikembalikan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan ini berkuatkuasa.

Adakah Peserta kursus yang sedang mengikuti Kursus Sijil Pendidikan Awal Kanak-Kanak (SPAK) selama Tiga (3 bulan) yang sedang berlangsung di PusatPusat Latihan KEMAS dilanjutkan dari tarikh yang telah ditetapkan?

Tidak. Kursus Sijil Pendidikan Awal Kanak-Kanak akan ditamatkan mengikut tempoh waktu yang telah ditetapkan. Namun demikian pihak KEMAS telah menyediakan Pelan Pembelajaran Gantian yang akan dilaksanakan bagi setiapmata pelajaran yang tertinggal sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan berkuatkuasa.

Apakah cadangan untuk memastikan pelan pembelajaran di Akademi Kemahiran KEMAS Seri Iskandar dan Akademi Kemahiran KEMAS Gopeng yang sedang mengikuti Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) tidak ketinggalan berdasarkan silibus pembelajaran yang telah dirancang?

Pelatih Akademi Kemahiran KEMAS di Seri Iskandar dan Gopeng telah diberikantugasan oleh Tenaga Pengajar berdasarkan standard pembelajaran yang telah ditetapkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) di bawah Kementerian Sumber Manusia dalam bidang Pembuatan Pakaian Lelaki dan Wanita, Pentadbiran Fesyen Dan Pakaian serta Bidang Penyediaan dan Pembuatan Makanan.

Pelatih juga dikehendaki untuk mengemaskini portfolio pembelajaran dengan merujuk kepada tenaga pengajar akademik masing masing

Apakah pilihan yang ada kepada pengusaha atau usahawan QUICKWIN KEMAS meneruskan perusahaan mereka dari terjejas akibat daripada tempoh Perintah Kawalan Pergerakan berkuatkuasa ?

Mereka boleh menggunakan kemudahan perniagaan atas talian (On-line) ataupun menggunakan perkhidmatan penghantaran yang ada di pasaran masa kini.