PERMOHONAN JAWATAN KOSONG PENOLONG JURUTERA GRED JA29 (KONTRAK) TAHUN 2023 DI JABATAN KEMAJUAN MASYARAKAT

2021

2018

1) TABIKA KEMAS Lanjut Operasi – 12 April – Sinar Harian

2) TABIKA Transit KEMAS – 12 April – Utusan Malaysia

3) Lensa TABIKA STREAM Chabau, Melaka – 16 November – Utusan Malaysia

2019

2020

1) Askar Cilik TABIKA KEMAS – 11 Mac – Sinar Harian

2) 1,1430 TABIKA, TASKA Operasi 1 Julai Ini – 29 Jun – Harian Metro

3) 7,5344 PPE Dihasilkan Sukarelawan KEMAS Seluruh Negara – 29 Jun – Sinar Harian

4) Ragam Kanak-Kanak Di Awal Persekolahan – 2 Julai – Sinar Harian

5) Syor Buka TASKA KEMAS Penuhi Permintaan M40 – 2 Julai – Berita Harian

6) 36% Kembali Ke TABIKA – 3 Julai – Sinar Harian

7) Kementerian Bantu SKMM Urus Dana Naik Taraf Internet Luar Bandar – 7 Julai – Berita Harian

8) KEMAS Hasilkan 81,345 Set PPE Untuk Petugas Barisan Hadapan – 7 Julai – Sinar Harian

9) Kluster Sivagangga 73 TABIKA Ditutup – 30 Julai – Utusan Malaysia

10) 73 TABIKA, 3 TASKA KEMAS Ditutup – 30 Julai – Sinar Harian

11) KEMAS Cadang Wujudkan TABILA ELIT – 29 September – My Metro

12) KEMAS Mahu Wujudkan TABIKA elit – 30 September – Berita Harian

13) KPLB Cadang Wujud TABIKA Elit – 30 September – Sinar Harian

14) Staf TABIKA Terjangkit – 2 Oktober – Harian Metro

15) TABIKA, TASKA KEMAS Dalam Zon Merah Ditutup – 4 Oktober – Harian Metro

16) KEMAS Diminta Lahir Lebih Ramai Usahawan Wanita – 4 Oktober – Sinar Harian

17) Makkal Osai – 8 Oktober

18) Makkal Osai – 8 Oktober 2

19) Makkal Osai – 9 Oktober

20) Makkal Osai – 9 Oktober 2

21) Makkal Osai – 10 Oktober

22) Makkal Osai – 12 Oktober

23) Kawalan Kendiri Di TABIKA, TASKA – 22 Oktober – Harian Metro

24) Kami Tidak Mahu Terus Jadi Buta Huruf – 30 Disember – Utusan Malaysia

Jangan Sampai Lemas Dalam Ujian Kesenangan

“Sabar ye! Pasti ada hikmah Allah di sebalik ujian kesenangan, ketampanan, nama baik dan harta awak yang bertimbun ini. Saya percaya, jika awak mampu sabar atas ujian ini, Allah akan gantikan awak dengan ganjaran yang sangat besar.”

Pelik benar jika kita dengar ada orang yang ikhlas menasihati temannya yang tenggelam dalam ni’mat kesenangan seperti dialog di atas. Si kaya, si tampan atau orang yang berpangkat pasti tersentak melopong setelah mendengar nasihat penuh belas kasihan daripada temannya itu. Kelihatan dialog di atas mustahil berlaku kerana konotasi “ujian” hanya sinonim dengan situasi susah atau kehidupan yang payah. Itu tenungan mata zahir kita, apa pula kata al-Quran? Firman Allah:
كُلُّ نَفْسٍ ذَائِقَةُ الْمَوْتِ وَنَبْلُوكُمْ بِالشَّرِّ وَالْخَيْرِ فِتْنَةً وَإِلَيْنَا تُرْجَعُونَ
Ertinya: Setiap diri akan merasai mati, dan KAMI UJI KAMU DENGAN KESUSAHAN DAN KESENANGAN SEBAGAI CUBAAN; dan kepada Kamilah kamu semua akan dikembalikan (al-Anbiya’[21:35]).
Manusia sentiasa di uji Allah sepanjang hidup mereka. Kadangkala ujian datang dengan kesusahan dan kadangkala dengan kesenangan. Dengan semua ujian itu, Allah mahu melihat siapa yang syukur, kufur atau tahu mengatur tutur. Tutur syukur pada lidah pula wajib seiring dengan jiwa yang luhur kerana ada manusia yang nampak pada zahirnya seperti syukur tapi jiwanya penuh kufur. Walaupun pelik dan janggal, sebenarnya ujian kesenangan jauh lebih sukar dihadapi berbanding ujian kesusahan.
Buktinya, ketika manusia ditimpa susah, lidah mereka senang mengenang Allah. Rumah Allah kerap dikunjungi bagi mengadu nasib diri. Kain sejadah menjadi teman harian kerana sangat mengharapkan belas kasihan Tuhan. Ketika diri bermandi senang, harta bertimbun menjadi tempat berenang, jasa Tuhan langsung hilang. Segala kesenangan bukan daripada kurniaan Tuhan tetapi kerana diri yang gigih berjuang, mencari harta malam dan siang. Ini disebut Allah dalam kisah Qarun hartawan yang malang:

قَالَ إِنَّمَا أُوتِيتُهُ عَلَى عِلْمٍ عِنْدِي أَوَلَمْ يَعْلَمْ أَنَّ اللَّهَ قَدْ أَهْلَكَ مِنْ قَبْلِهِ مِنَ الْقُرُونِ مَنْ هُوَ أَشَدُّ مِنْهُ قُوَّةً وَأَكْثَرُ جَمْعًا وَلَا يُسْأَلُ عَنْ ذُنُوبِهِمُ الْمُجْرِمُونَ

Ertinya: Qarun menjawab (dengan sombongnya): “Aku diberikan harta kekayaan ini hanyalah disebabkan pengetahuan dan kepandaian yang ada padaku”. (Kalaulah Qarun bijak pandai) tidakkah dia tahu bahawa Allah telah binasakan sebelumnya, umat yang telah lalu, orang yang lebih kuat daripadanya dan lebih banyak mengumpulkan harta kekayaan ? Dan (ingatlah) orang yang berdosa (apabila mereka diseksa) tidak lagi ditanya tentang dosa mereka, (kerana Allah sedia mengetahuinya) (al-Qasas [28:78]).

Dalam firman lain Allah menyedarkan kita dengan mata fikir manusia yang singkat:
فَأَمَّا الْإِنْسَانُ إِذَا مَا ابْتَلَاهُ رَبُّهُ فَأَكْرَمَهُ وَنَعَّمَهُ فَيَقُولُ رَبِّي أَكْرَمَنِ (15) وَأَمَّا إِذَا مَا ابْتَلَاهُ فَقَدَرَ عَلَيْهِ رِزْقَهُ فَيَقُولُ رَبِّي أَهَانَنِ (16)
Ertinya: (Dalam pada itu manusia tidak menghiraukan balasan akhirat), oleh yang demikian, maka kebanyakan manusia apabila diuji oleh Tuhannya dengan dimuliakan dan dimewahkan hidupnya, (dia tidak mahu bersyukur tetapi terus bersikap takbur) serta berkata dengan sombongnya: “Tuhanku telah memuliakan daku!” Dan sebaliknya apabila dia diuji oleh Tuhannya, dengan disempitkan rezekinya, (dia tidak bersabar bahkan resah gelisah) serta merepek dengan katanya: “Tuhanku telah menghina daku!” (al-Fajr [89:15-16]).
Oleh itu, setelah tahu hakikat ujian yang sebenar mata hati kita perlu celik dan terang! Contohilah nabi Sulaiman A.S yang tahu mengatur syukur ketika dimandikan ni’mat oleh Allah. Hayati dan amalkan doa baginda ini agar kita tidak terbabas daripada landasan iman yang sebenar:
فَتَبَسَّمَ ضَاحِكًا مِنْ قَوْلِهَا وَقَالَ رَبِّ أَوْزِعْنِي أَنْ أَشْكُرَ نِعْمَتَكَ الَّتِي أَنْعَمْتَ عَلَيَّ وَعَلَى وَالِدَيَّ وَأَنْ أَعْمَلَ صَالِحًا تَرْضَاهُ وَأَدْخِلْنِي بِرَحْمَتِكَ فِي عِبَادِكَ الصَّالِحِينَ
Ertinya: Maka tersenyumlah Nabi Sulaiman mendengar kata-kata semut itu, dan dia berdoa dengan berkata:” Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmat-Mu yang Engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku, dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redai; dan masukkanlah daku – dengan limpah rahmat-Mu – dalam kumpulan hamba-Mu yang soleh” (al-Naml [27:19]).
Jika ujian susah memeritkan jiwa dan memenatkan jasad, bersyukurlah kerana kita lebih senang melihat pantulan kuasa Tuhan di sebalik ujian tersebut. Sebaliknya jika kita bermandi dalam ujian senang kita akan mudah hanyut atau lemas tanpa sedar. Ujian senang boleh bertukar menjadi “Istidraj” jika jiwa manusia tidak dikejutkan untuk mengenal Pemilik sebenar semua ni’mat tersebut. Istidraj adalah kelebihan yang diberikan Allah kepada makhluk dalam murka-Nya. Apabila si makhluk tewas dalam ujian senang itu, nyawanya direntapkeras lalu jatuhlah dia tertiarap.
Firman Allah:
فَلَمَّا نَسُوا مَا ذُكِّرُوا بِهِ فَتَحْنَا عَلَيْهِمْ أَبْوَابَ كُلِّ شَيْءٍ حَتَّى إِذَا فَرِحُوا بِمَا أُوتُوا أَخَذْنَاهُمْ بَغْتَةً فَإِذَا هُمْ مُبْلِسُونَ
Ertinya: Kemudian apabila mereka melupakan apa yang telah diperingatkan mereka dengannya, Kami bukakan kepada mereka pintu segala kemewahan dan kesenangan, sehingga apabila mereka bergembira dan bersukaria dengan segala nikmat yang diberikan kepada mereka, Kami timpakan mereka secara mengejut (dengan bala bencana yang membinasakan), maka mereka pun berputus asa (daripada mendapat sebarang pertolongan) (al-An’am [6:44]).
Oleh itu, bukalah mata hati anda sepanjang masa dan sentiasalah berpaut pada tali agama agar ujian senang yang diberikan Allah tidak bertukar menjadi musibah agama yang akan menyebabkan kita karam dalam lautan api di akhirat kelak. Mohon dijauhkan Allah!
Oleh: Abdullah Bukhari bin Abdul Rahim

PANDUAN TEMU DUGA SECARA DALAM TALIAN

Perkara yang perlu anda lakukan jika berjaya hadir temu duga secara dalam talian.

1) Pilih peralatan yang selesa dan sesuai anda gunakan semasa sesi temu duga dijalankan:

  • Komputer perlu dilengkapi Webcam
  • Laptop (Kebiasaanya kamera telah tersedia)
  • Telefon Pintar
  • Tablet

2) Aplikasi yang akan digunakan semasa temu duga seperti:

  • Google Meet (Perlu Daftar Google Account jika belum memiliki E-mel GMAIL)
  • Webex
  • Zoom

3) Talian Internet juga perlu diambilkira:

  • Cuba berlatih dengan keluarga atau rakan-rakan bagi mengenalpasti kualiti audio dan visual.

4) Pastikan nama alamat e-mel yang akan digunakan semasa sesi temu duga adalah nama dalam surat tawaran (memudahkan urusetia untuk mengenalpasti anda adalah calon sebenar)

  • Boleh buat pindaan pada bahagian ‘Setting Personal Info’ (Akaun Google)

5) Pilih lokasi yang paling sesuai untuk pelaksanaan sesi temu duga:

  • Cukup pencahayaan
  • Jauh dari gangguan bunyi bising
  • Latar belakang yang sesuai

6) Jarak kedudukan tempat duduk dan peranti:

  • Anggaran jarak antara kamera dan anda lebih kurang setengah depa (45.72cm)
  • Kamera peranti paras mata
  • Panel penemu duga dapat melihat anda dari hujung kepala sehingga hujung kaki (jika diminta berdiri)

7) Etika Pakaian

  • Bersesuaian, sopan dan tidak mencolok mata
  • Gunakan ‘tanda nama’ (jika ada)

** Peringatan: Sesi temu duga adalah untuk memohon jawatan kerja bukan untuk memperagakan fesyen.

8) Elakkan gangguan pada peranti yang digunakan

  • Sangat berisiko jika menggunakan telefon pintar. (Jika menggunakan telefon pintar tolak semua panggilan dan aplikasi pesanan)
  • Tutup semua aplikasi pada komputer atau laptop

9) Tepati Masa

  • Bagi mengelakkan sebarang masalah dan kelewatan, pastikan anda bersedia 5 minit lebih awal.

10) Mata memandang tepat pada kamera bila berkomunikasi dengan panel temu duga

  • Beri tumpuan sepenuhnya pada sesi temu duga

** Peringatan: Gerak geri anda sentiasa diperhatikan dan dinilai.

11) Jangan mencelah semasa panel temu duga sedang berkomunikasi

  • Semua karektor anda diperhatikan dan dinilai
  • Jawab bila ditanya dan ingatlah anda bukan dihukum sebaliknya anda hanya disoal tentang perkara berkaitan jawatan dan perihal diri anda.

Semoga ianya memberi manfaat kepada anda semua.

Temu duga adalah ruang dan peluang yang perlu dimanfaatkan sepenuhnya untuk anda memperolehi segala yang anda impikan. Jangan sia-siakan peluang ini.

Selamat Berjaya!

OLEH: UNIT KOMUNIKASI KORPORAT KEMAS

https://kis.kemas.gov.my/

Tawaran Mengikuti Kursus Sijil Pendidikan Awal Kanak-Kanak (TABIKA/TASKA) Tahun 2021

 

Permohonan hendaklah dibuat secara atas talian di https://kis.kemas.gov.my/

Permohonan dibuka dari 14 Disember 2020 hingga 04 Januari 2021