Semakan Status Keputusan Permohonan Tawaran Menghadiri Temuduga Kursus Sijil Pendidikan Awal Kanak-Kanak (SPAKK) TABIKA atau TASKA KEMAS bagi Tahun 2021

Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) memaklumkan bahawa semakan status keputusan permohonan tawaran menghadiri temuduga Kursus Sijil Pendidikan Awal Kanak-Kanak (SPAKK) TABIKA atau TASKA KEMAS bagi tahun 2021 boleh dibuat melalui Portal Sistem Pengambilan KEMAS: kis.kemas.gov.my mulai 09 Februari 2021 ini.

Calon yang layak menghadiri temuduga itu nanti akan dihubungi oleh pihak Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) untuk urusan selanjutnya. Untuk sebarang pertanyaan sila hubungi 03-8891 2682 untuk maklumat lanjut.