PENGENALAN
Unit Integriti KEMAS telah diwujudkan selaras dengan keputusan kerajaan untuk menubuhkan Unit Integriti sebagai focal point kepada pengurusan isu-isu berkaitan integriti disemua agensi awam seperti yang dinyatakan di dalam Pekeliling Perkhidmatan Bil. 6 Tahun 2013 yang berkuatkuasa pada 1 Ogos 2013. Unit Integriti KEMAS bertanggungjawab mengurus dan melaksanakan inisiatif-inisiatif penginstitusian integriti, pencegahan, pematuhan, pengesanan salahlaku dan tindakan punitif secara lebih fokus dan terancang.
Ia bertujuan untuk memastikan kakitangan KEMAS mengamalkan budaya kerja yang unggul dengan ciri- ciri moral dan etika yang kukuh lagi bagi membendung salahlaku jenayah serta pelanggaran tatakelakuan serta etika organisasi.
Enam (6) fungsi teras Unit Integriti :
- Pengukuhan Integriti – memastikan pelaksanaan dan penginstitusian integriti dalam organisasi.
- Pengurusan aduan – menerima dan mengambil tindakan ke atas semua aduan/maklumat mengenai salahlaku dan pelanggaran integriti kakitangan KEMAS
- Aduan diselesaikan sekurang-kurangnya 15 hari bekerja
- Pengesanan dan Pengesahan – mengesan dan mengesahkan aduan salahlaku bersifat jenayah hendaklah dilaporkan kepada agensi penguatkuasaan yang bertanggungjawab.
- Tatatertib – melaksanakan fungsi urusetia Lembaga Tatatertib bagi kakitangan tetap/kontrak.
- Pematuhan – Memastikan pematuhan terhadap system dan prosedur kerja serta mencadangkan penambahbaikan.
- Tadbir urus – memastikan pelaksanaan tadbir urus secara efektif.
Unit Integriti terdiri daripada tiga (3) cawangan iaitu :
- Cawangan Pengukuhan Integriti dan Pengurusan Aduan
- Cawangan Tadbir Urus dan Pematuhan
- Cawangan Pengesanan, Pengesahan dan Tatatertib
Pelaksanaan Program Utama Unit
Cawangan Pengukuhan Integriti dan Pengurusan Aduan
Cawangan ini bertanggungjawab menyelaras :
- Pembudayaan dan pengukuhan integriti kakitangan KEMAS
- Menerima dan mengambil tindakan atas aduan tentang pelanggaran tatakelakuan dan etika organisasi.
Cawangan Tadbir Urus dan Pematuhan
Cawangan ini bertanggungjawab dalam hal seperti berikut:
- Memastikan pematuhan terhadap arahan dan peraturan yang berkuatkuasa
- Memastikan tadbir urus KEMAS dilaksanakan secara efektif
Cawangan Pengesanan, Pengesahan dan Tatatertib
Cawangan ini bertanggungjawab dalam hal seperti berikut:
- Menjalankan siasatan terhadap aduan dan salahlaku jenayah dan pelanggaran integriti di kalangan kakitangan.
- Menyediakan laporan jenayah yang dilaporkan kepada agensi penguatkuasaan yang bertanggungjawab.
- Menjadi urusetia kepada Lembaga Tatatertib serta menyelaras dan melaksanakan tindakan ke atas pelanggaran integriti.
DASAR PRIVASI | DASAR KESELAMATAN | PENAFIAN | PETA LAMAN | SOALAN LAZIM | PENERBITAN
Hakcipta Terpelihara © 2024 Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS), Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah, Paparan terbaik di Chrome versi 53.0.2785.143, Mozilla Firefox versi 8.0 & IE versi 8.0 dengan resolusi 1366 x 768
Aras 5-9, No 47, Persiaran Perdana, Presint 4, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62100 Putrajaya. Tel: +603-8891 2682 Faks: +603-8888 2312 Emel: info[at]kemas[dot]gov[dot]my