Tabika Transit telah mula dilaksanakan di KEMAS bermula tahun 2018

Apa Itu Tabika Transit

Kemudahan penempatan anak-anak yang belajar di Tabika KEMAS selepas sesi pembelajaran bermula jam 01:00 tengah hari hingga 05:30 petang

Siapa Yang Menguruskan Tabika Transit

Seorang Guru, Seorang Pengasuh dengan Pemantauan oleh Jabatan KEMAS

Di Mana Tabika Transit

Seluruh Malaysia dan boleh menghubungi Unit Pendidikan Awal Kanak-kanak Pejabat KEMAS Negeri

Apa Kemudahan Belajar dan Berada Di Tabika Transit

  1. Kadar yuran yang rendah dan berpatutan di antara 00-RM250.00 (mengikut lokasi)
  2. Keselamatan anak terjamin
  3. Menu makanan yang sihat dan mengikut piawaian KKM
  4. Pembelajaran dan pengasuhan yang fleksible dan menyeronokan
  5. Ibu bapa boleh bekerja dengan senang hati

Objektif

  1. Menyumbang ke arah pembangunan ekonomi berpendapatan tinggi yang bersifat sosial dan mampan dengan mempromosikan pusat jagaan transit KEMAS mesra keluarga dan sebagai pilihan utama ibubapa yang bekerja dengan kos yang rendah;
  2. Memastikan penjagaan kanak-kanak dan keperluan pembangunan awal kanak-kanak dalam persekitaran yang seimbang di Tabika Transit KEMAS;
  3. Meningkatkan jumlah penyertaan kanak-kanak yang bersekolah di Tabika KEMAS dengan wujudnya kemudahan transit KEMAS.

Syarat Kemasukan

  1. Keutamaan adalah kepada kanak-kanak Tabika KEMAS.
  2. Minimum pengambilan kanak-kanak seramai 10 – 15 orang kanak-kanak dan maksimum seramai 25 orang kanak-kanak
  3. Bayaran yuran yang konsisten