Pusat Latihan KEMAS Melaka,
Jalan Melor, Bukit Baru,
75150 Melaka
No. Tel : (06)- 282 4514 / No. Faks : (06)- 281 6827

Emel : plkmelaka@kemas.gov.my
(Pengetua :
Puan Norfazlinda Binti Abdul Majid)

Facebook KEMAS : PusatLatihanKemasMelaka

Tiktok icon : @plkmelaka

Youtube KEMAS : PLK MELAKA / @plkmelaka3804

Pusat Latihan KEMAS Melaka dibina pada tahun 1961 di atas tanah seluas 3 ekar 2 kaki. Institut ini telah dirasmikan pada 15 Jun 1963 oleh Tun Abdul Ghafar bin Baba iaitu Ketua Menteri Melaka ketika itu. Pada asalnya institut ini dikenali dengan nama Taman Asuhan RIDA di bawah Kementerian Pertanian dan Pembangunan Luar Bandar. Pada ketika itu mengajar masyarakat menjahit, memasak dan memberikan latihan yang sesuai kepada kaum wanita untuk mempertingkatkan ilmu pengetahuan agar bertanggungjawab kepada keluarga dan masyarakat.

Pusat ini terletak di kawasan perumahan sederhana yang boleh dihubungi dalam jarak 6 km dari Pusat Bandar. Perjalanan dari Pusat Bandar mengambil masa lebih kurang 10 -15 minit menggunakan kenderaan awam. Pusat ini berfungsi sebagai tempat latihan pra perkhidmatan dan dalam perkhidmatan dan secara langsung diletakkan di bawah pentadbiran bahagian Latihan dan Kemajuan Kerjaya Ibu Pejabat KEMAS Putrajaya.

Pada tahun 2020 , Pusat Latihan KEMAS Melaka terpilih dalam naik taraf Pusat Digital KEMAS atau dikenali sebagai Hub Digital KEMAS . Fungsi Hub Digital adalah sebagai salah satu pusat yang memberikan perkhidmatan berkaitan kemahiran komputer, serta membuka kepada orang awam untuk menggunakan hub digital ini. Di negeri Melaka terdapat dua (2) tempat Hub Digital iaitu satu di Pusat Kegiatan Masyarakat KEMAS Jasin dan Pusat Latihan KEMAS Melaka.

Hala tuju Pusat Latihan KEMAS Melaka pada tahun 2026 adalah memastikan dapat menjadi salah satu Pusat Bertauliah kemahiran dalam bidang ICT dan Multimedia.

  1. Memberi Latihan pra perkhidmatan kepada bakal Pemaju Masyarakat dan Pendidik Awal Kanak-Kanak TABIKA, TASKA.
  2. Memberi Latihan dalam perkhidmatan kepada anggota KEMAS bagi meningkatkan mutu kerja.
  3. Menggunakan kemudahan yang sedia ada untuk kakitangan, pihak KEMAS dan lain-lain agensi.

FASILITI PLK M

BORANG PENGGUNAAN KEMUDAHAN FASILITI  & QR CODE

https://forms.gle/TTX8pyS58uPQUBPy6

BORANG MAKLUMBALAS KEPUASAN PELANGGAN & QR CODE

https://forms.gle/TnGJeFP3dpCerDEG6

LOKASI PLK M

LINK LOGNITUDE & MAGNITUDE : @2.2223739,102.2736851,211

Pusat Latihan KEMAS Melaka