PUSAT JAHITAN
Pusat Jahitan KEMAS diwujudkan bagi memberi pendedahan dan bimbingan kemahiran jahitan asas untuk membolehkan peserta-peserta yang terdiri daripada masyarakat luar bandar berdikari dalam usaha membasmi kemiskinan dan mewujudkan budaya niaga.
Para peserta akan diajar dengan menggunakan kurikulum yang disediakan oleh pihak KEMAS serta pelajaran sampingan bagi menambah pendapatan seperti jahitan langsir, sarung kusyen dan kraftangan.
Sijil penyertaan akan diberikan kepada peserta yang telah mengikuti kelas dan memenuhi kurikulum yang ditetapkan.
PERMOHONAN MENGIKUTI PUSAT JAHITAN KEMAS
- Mendaftar terus di kelas-kelas kemahiran seperti Kelas Jahitan, Kelas Masakan Kelas Dandanan diri, Seni Tangan dan Komputer yang berdekatan ;
- Yuran bulanan mengikut keputusan bersama Jawatankuasa Aktiviti Kelas ;
- Sesi Kelas/kuliah : 8.00 pg- 5.00 petang (hari bekerja) ; dan
- Kumpulan Sasar : Belia, Surirumah, Ibu Tunggal dan masyarakat setempat
Individu yang berminat mengikuti kelas-kelas ini boleh memperolehi maklumat di Pejabat KEMAS Negeri atau Daerah yang berhampiran.
SENARAI KELAS JAHITAN
DASAR PRIVASI | DASAR KESELAMATAN | PENAFIAN | PETA LAMAN | SOALAN LAZIM | PENERBITAN
Hakcipta Terpelihara © 2023 Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS), Kementerian Pembangunan Luar Bandar, Paparan terbaik di Chrome versi 53.0.2785.143, Mozilla Firefox versi 8.0 & IE versi 8.0 dengan resolusi 1366 x 768
Aras 5-9, No 47, Persiaran Perdana, Presint 4, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62100 Putrajaya. Tel: +603-8891 2682 Faks: +603-8888 2312 Emel: info[at]kemas[dot]gov[dot]my





