Institut Latihan KEMAS,
Jalan Tok Sira, Alor Akar,
25050 Kuantan
No. Tel : (09)- 568 4790/No. Faks : (09)- 567 6469
(Pengetua : Kamaruzaman Bin Ismail)

Institut Latihan KEMAS Kuantan adalah salah sebuah Institusi Latihan di bawah pengurusan bahagian Latihan dan Kemajuan Kerjaya Ibu pejabat KEMAS. ILK Kuantan berperanan mengendalikan kursus – kursus Pra perkhidmatan dan kursus Dalam Perkhidmatan kepad bakal Pemaju Masyarakat dan anggota KEMAS serta menyediakan kemudahan kepada Jabatan KEMAS, Jabatan Kerajaan, NGO serta masyarakat setempat.

Institut Latihan KEMAS Kuantan, telah dibina pada tahun 1991 dan siap sepenuhnya pada tahun 1993 di atas tapak tanah seluas 4 ekar yang mendapat kelulusan pada tahun 1972.

Pembinaan bangunan ILK Kuantan telah menelan belanja sebanyak RM 4,889,000.00 manakala kos kelengkapan asrama dan pendidikan sebanyak RM 1,000,000.00.

Institut Latihan KEMAS terletak berhampiran kawasan Perumahan Medan Tok Sira, Mukim Kuala Kuantan di daerah Kuantan, Pahang. Jarak antara Institut ini dengan Bandar Kuantan adalah 5 kilometer iaitu melalui jalanraya.

Kedudukan Institut latihan ini begitu strategik kerana ia terletak berhampiran dengan Jabatan-jabatan kerajaan yang lain seperti Jabatan Kimia, Jabatan Pengangkutan Jalan, Maktab Rendah Sains MARA dan Institut Kemajuan Ikhtisas Pahang. Kedudukannya juga berhampiran dengan Pusat Peranginan Pantai Teluk Chempedak dengan jarak lebih kurang 2.5 kilometer.

Menjadikan Masyarakat luar bandar yang kompeten, berdaya saing dan berdikari, memantapkan sosio emosi , fizikal, intelek dan rohani serta menguasai kemahiran asas 4 M kepada kanak – kanak berumur di bawah 6 tahun dan memastikan sistem penyampaian yang berkesan.

Asrama

   Kapasiti  I S R Kha J S A
 Harga Standard 1 RM10.00 RM10.00 RM10.00 RM10.00 RM10.00 RM10.00 RM10.00

Bilik Kuliah

   Kapasiti  I S R Kha J S A
 Harga Standard 1 RM280.00 RM280.00 RM280.00 RM280.00 RM280.00 RM280.00 RM280.00

Bilik Mesyuarat

   Kapasiti  I S R Kha J S A
 Harga Standard 1 RM250.00 RM250.00 RM250.00 RM250.00 RM250.00 RM250.00 RM250.00

Dewan Tun Teja

   Kapasiti  I S R Kha J S A
 Harga Standard 1 RM1,000.00 RM1,000.00 RM1,000.00 RM1,000.00 RM1,000.00 RM1,000.00 RM1,000.00

Rumah Tamu

   Kapasiti  I S R Kha J S A
 Harga Standard 1 RM17.00 RM17.00 RM17.00 RM17.00 RM17.00 RM17.00 RM17.00

Tempahan juga boleh dibuat melalui Portal Pusat Latihan Malaysia (MyTC) > http://www.1mtc.gov.my