Tahniah & syabas KEMAS Negeri Kedah atas kejayaan merangkul juara keseluruhan di Hari Potensi KEMAS Peringkat Kebangsaan 2018.

Hari Potensi KEMAS Peringkat Kebangsaan 2018 kali ke-14 ini mempertandingkan acara bakat seperti Tarian, Nasyid, Kompang Berformasi, Tilawah al-Quran, Bercerita & pelbagai lagi telah diadakan di Politeknik Port Dickson, Negeri Sembilan. Majlis perasmian penutup telah dirasmikan oleh YB Sivarasa K. Rasiah, Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar.