PENGENALAN

Bahagian Sumber Manusia dan Pentadbiran memainkan peranan penting dalam menyediakan perkhidmatan strategik dari aspek tadbir urus. Selain itu juga, Bahagian ini berperanan menguruskan hal pelantikan,personel dan kompetensi kakitangan, menguruskan peruntukan kewangan, aset-aset Jabatan, keselamatan dan pelindungan serta pengurusan kualiti Jabatan di peringkat Ibu Pejabat dan Negeri.

FUNGSI

Bahagian Sumber Manusia dan Pentadbiran dipecahkan kepada dua (2) seksyen iaitu:-

 a. Seksyen Sumber Manusia

Secara umumnya, Seksyen Sumber Manusia mendokong kepada kejayaan pengurusan organisasi Jabatan dengan menyediakan khidmat sokongan dalam pengurusan dan pembangunan sumber manusia merangkumi tiga (3) unit iaitu:-

i.  Unit Tetap

ii.  Unit Kontrak

b. Seksyen Pentadbiran

Seksyen ini bertanggungjawab melaksanakan Arahan dan Dasar Perkhidmatan Awam berpandukan Pekeliling Kemajuan Perkhidmatan Awam (PKPA) bagi melancarkan proses kerja Jabatan. Ini melibatkan perancangan dan pengendalian hal ehwal pentadbiran pejabat, keperluan infrastruktur, merekod pergerakan fail (membuka, menyimpan dan menutup fail), urusetia mesyuarat dan juga menguruskan peruntukan kewangan secara cekap dan efisien.

Selain itu, seksyen ini turut bertanggungjawab dalam menyelaras, melaksanakan dan memantau Sistem Pengurusan Kualiti Jabatan antaranya Pelaksanaan Amalan Persekitaran Berkualiti QE/5S; Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) dan Kaunseling. Seksyen Pentadbiran mempunyai dua (2) unit iaitu:

i.  Unit Pentadbiran, Naziran dan Keurusetiaan

ii.  Unit Kualiti