PENGENALAN

Pada 19 Januari 2015 penstrukturan semula Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) telah membawa kepada penjenamaan semula Bahagian Kewangan dan Bahagian Perolehan. Kedua-dua bahagian ini telah digabungkan menjadi Bahagian Kewangan dan Perolehan.

Bahagian Kewangan dan Perolehan bertanggungjawab memastikan pengurusan kewangan KEMAS berjalan dengan cekap dan teratur serta selaras mengikut Akta Acara Kewangan, Arahan Perbendaharaan, Pekeliling Perbendaharaan, Pekeliling Perkhidmatan dan lain-lain peraturan atau prosedur kewangan yang sedang berkuatkuasa.

Selain daripada itu, bahagian ini juga bertanggungjawab dalam urusan perolehan iaitu merancang serta mengurus perolehan jabatan bagi bekalan dan perkhidmatan serta mengendalikan urusan yang berkaitan dengan aset kerajaan seperti menyelaras pengurusan aset di KEMAS Negeri, KEMAS Daerah, Institut Latihan KEMAS, Pusat Latihan KEMAS serta di premis KEMAS yang lain seperti Tabika, Taska, Pusat Sumber dan sebagainya.

FUNGSI

Bahagian ini terdiri daripada empat (4) unit iaitu:

a. Unit Belanjawan

b. Unit Kewangan dan Akaun c. Unit Perolehan

d. Unit Pengurusan Aset dan Stor.