Akademi Kemahiran KEMAS Sri Iskandar,
32610 Bandar Baru Seri Iskandar, Seri Iskandar, Perak
No. Tel : (05)- 371 2102
No. Faks : 05-371 2115
(Pengetua : Puan Harlina binti Sadan)

PENGENALAN

Pusat Bertauliah Akademi Kemahiran KEMAS Seri Iskandar adalah sebuah institut latihan awam di bawah Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS), Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB).

Ia merupakan suatu peningkatan kualiti latihan kemahiran daripada Sijil Kemahiran KEMAS dinaiktaraf kepada Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) dan Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) yang diiktiraf dan dikeluarkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), Kementerian Sumber Manusia.

KEMAS telah menguruskan program kemahiran jahitan di seluruh negara bermula pada tahun 1969. Pada tahun 2007, KEMAS telah mengorak langkah ke hadapan dengan menjalankan program pensijilan kemahiran jahitan tersebut demi melahirkan modal insan yang berkualiti.

OBJEKTIF

  1. Menyediakan tenaga kerja mahir dalam bidang jahitan pakaian sebagai modal insan luar bandar
  2. Melahirkan pengusaha dan tenaga mahir dalam bidang jahitan dan rekaan fesyen serta berdaya saing di sektor perindustrian tekstil
  3. Mewujudkan sinergi latihan dengan agensi kerajaan dan Institut Pengajian Tinggi (IPT) untuk memberi perkhidmatan yang lebih berkualiti kepada masyarakat

PROGRAM YANG DITAWARKAN

  1. SKM Tahap 2 (TA-011-2:2012)
    Pembuat Pakaian Wanita
    Skop kerjaya sebagai pekerjaan mahir. Tempoh pengajian selama 6 bulan. Bertempat di AKK Seri
    Iskandar
  2. SKM Tahap 3 (TA-011-3:2012)
    Pembuat Pakaian Wanita
    Skop kerjaya sebagai penyelia jahitan. Tempoh pengajian selama 1 tahun. Bertempat di AKK Seri Iskandar
  3. DKM Tahap 4 (TA-011-4:2013)
    Pentadbir Fesyen Dan Pakaian
    Skop kerjaya sebagai pentadbir fesyen dan pakaian. Tempoh pengajian selama 2 tahun. Bertempat di AKK Seri Iskandar

IMPAK PROGRAM

  1. Meningkatkan mutu modal insan luar bandar yang berkualiti dan mampu menjadikan tenaga mahir dalam industri fesyen dan pakaian
  2. Meningkatkan kemahiran jahitan peserta luar bandar kearah persijilan yang diiktiraf
  3. Memberikan latihan kepada pelatih yang kurang cemerlang dalam bidang akademik tetapi mempunyai kemahiran jahitan yang tinggi
  4. Membimbing peserta dari golongan keluarga berpendapatan rendah

SYARAT KEMASUKAN PELATIH

  • Warganegara ,Malaysia
  • Umur tidak kurang dari 18 tahun dan tidak lebih dari 30 tahun
  • Kelayakan AKademik:
  • SPM/SPM (V)
  • Lulus Bahasa Malaysia dan Ujian Lisan
  • Peserta (untuk calon KEMAS sahaja) calon yang lulus menduduki Ujian Penilaian Kecekapan KEMAS.
  • Sihat tubuh badan, tidak menghadapi penyakit kronik,tidak buta warna dan lain-lain.
  • Status bujang/belum berkahwin.
  • Bagi permohonan kursus Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2, calon wajib memiliki SKM Tahap 1 (Pembuat Pakaian Wanita).
  • Bagi Permohonan kursus Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3, calon wajib memiliki SKM Tahap 2 (Pembuat Pakaian Wanita Kanan).
  • Bagi permohonan kursus Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) Tahap 4, calon wajib memiliki SKM Tahap 3 (Penyelia Pembuat Pakaian wanita).
  • Keutamaan diberikan kepada calon daripada keluarga yang berpendapat rendah.

KEMUDAHAN

Kemudahan Kuantiti Kapasiti Kadar Sewaan

DEWAN BESAR
1 600 -700 org 200