TAWARAN MENGIKUTI PROGRAM PERSIJILAN / DIPLOMA KEMAHIRAN MALAYSIA

  • BIDANG PEMBUATAN PAKAIAN WANITA TAHAP 2 ( TA-011-2:2012 )
  • BIDANG PEMBUATAN PAKAIAN WANITA TAHAP 3 ( TA-011-3:2012 )
  • BIDANG PENTADBIRAN FESYEN DAN PAKAIAN TAHAP 4 ( TA-011-4:2013 )
  • BIDANG PENGURUSAN FESYEN DAN PAKAIAN TAHAP 5 (TA-011-5:2013 )Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

    2. Sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan Kemajuan Masyarakat ( KEMAS ) melalui Akademi Kemahiran KEMAS Seri Iskandar ( AKKSI ) yang merupakan Pusat Bertauliah JPK ingin menawarkan kemasukan Program Persijilan / Diploma Kemahiran Malaysia bagi pengambilan Sesi Januari 2020 seperti maklumat berikut :

    1. Bidang Pembuatan Pakaian Wanita Tahap 2 (TA-011-2:2012 )
    2. Bidang Pembuatan Pakaian Wanita Tahap 3 ( TA-011-3:2012 )
    3. Bidang Pentadbiran Fesyen dan Pakaian Tahap 4 ( TA-011-4:2013 )
    4. Bidang Pengurusan Fesyen Dan Pakaian Tahap 5 (TA-011-5:2013 )

    3. Sehubungan dengan itu pihak Jabatan berbesar hati sekiranya terdapat peserta Kelas Kemahiran KEMAS yang memenuhi syarat seperti dilampiran A dan berminat untuk memasuki AKKSI dalam bidang berkaitan dengan menghantar borang permohonan, resume dan salinan sijil sebelum atau pada 29 November 2019 (Jumaat). Sebarang pertanyaan boleh hubungi Puan Nurul Sheeda bt. Mahmud di talian 03- 88912763 atau pada alamat emel sheeda@kemas.gov.my.

    Kerjasama tuan dalam hal ini amat kami hargai dan didahului ucapan terima kasih.

    Sekian, terima kasih.

Sila klik di [sini] untuk mendapatkan borang permohonan.