Semakan Keputusan Temuduga Sijil Pendidikan Awal Kanak-Kanak

Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera

Perhatian!

Dukacita dimaklumkan bahawa sistem K.I.S bagi tujuan semakan keputusan untuk sesi Temuduga Sijil Pendidikan Awal Kanak-Kanak (TABIKA/TASKA) Tahun 2020 sedang dalam penyelenggaraan teknikal.

Sehubungan dengan itu, keputusan status calon yang berjaya tidak dapat dipaparkan melalui sistem buat masa ini.

Calon yang berjaya telah dihubungi melalui panggilan telefon atau emel bermula 14 Januari 2020 untuk menghadiri temuduga pada 22 atau 23 Januari 2020.

Manakala bagi calon-calon yang tidak menerima sebarang maklum balas melalui telefon atau emel daripada pihak KEMAS, keputusannya adalah TIDAK BERJAYA.

Sekian, harap maklum dan mohon maaf atas segala kesulitan.

#imkemas #kemas4u #sentiasadihati #luarbandarsejahtera