PUSAT MASAKAN
Pusat Masakan KEMAS dikendalikan oleh Pemaju Masyakat Masakan yang berkemahiran serta mempunyai Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) yang diiktiraf oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran.
Pengurusan harian, mingguan dan bulanan Pusat Masakan dilaksanakan dalam bentuk latihan, bengkel dan projek. Antara modul yang digunakan ialah Masakan Melayu, Masakan Barat, Masakan Timur, Pastri dan Bakeri, Kuih-muih Melayu, Pengurusan Penyajian Makanan dan Pemprosesan Makanan.
Sijil penyertaan akan diberikan kepada peserta yang telah mengikuti kelas dan memenuhi kurikulum yang ditetapkan.
PERMOHONAN MENGIKUTI PUSAT MASAKAN KEMAS
- Mendaftar terus di kelas-kelas kemahiran seperti Kelas Jahitan, Kelas Masakan Kelas Dandanan diri, Seni Tangan dan Komputer yang berdekatan ;
- Yuran bulanan mengikut keputusan bersama Jawatankuasa Aktiviti Kelas ;
- Sesi Kelas/kuliah : 8.00 pg- 5.00 petang (hari bekerja) ; dan
- Kumpulan Sasar : Belia, Surirumah, Ibu Tunggal dan masyarakat setempat
Individu yang berminat mengikuti kelas-kelas ini boleh memperolehi maklumat di Pejabat KEMAS Negeri atau Daerah yang berhampiran.
SENARAI KELAS MASAKAN
DASAR PRIVASI | DASAR KESELAMATAN | PENAFIAN | PETA LAMAN | SOALAN LAZIM | PENERBITAN
Hakcipta Terpelihara © 2023 Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS), Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah, Paparan terbaik di Chrome versi 53.0.2785.143, Mozilla Firefox versi 8.0 & IE versi 8.0 dengan resolusi 1366 x 768
Aras 5-9, No 47, Persiaran Perdana, Presint 4, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62100 Putrajaya. Tel: +603-8891 2682 Faks: +603-8888 2312 Emel: info[at]kemas[dot]gov[dot]my





