Pusat Latihan KEMAS Kepala Batas,
13200 Kepala Batas,
Seberang Perai, Pulau Pinang
No. Tel : (04)- 575 1228 / No. Faks : (04)- 575 8834
(Pengetua : Encik Mohd Hanafi Bin Abd Muttalib)

Pusat Latihan KEMAS (PLK) Kepala Batas merupakan salah-satu Pusat Latihan KEMAS yang tertua di Malaysia. Terletak di atas sekeping tanah seluas 1.1 hektar di lot 2832. Jaraknya dari Pekan Kepala Batas hanyalah sekitar 1 km sahaja. Pusat Latihan ini pada mulanya dikenali sebagai Taman Asuhan (RIDA) Kepala Batas dan telah dirasmikan oleh Y.A.B. Wong Paw Nee, Ketua Menteri Pulau Pinang ketika itu pada 15hb Ogos 1963.

Pusat Latihan ini berfungsi sebagai pusat untuk melatih pelbagai ilmu dan kemahiran kepada kakitangan KEMAS mahupun masyarakat awam dan diletakkan di bawah pengawasan Pengarah Bahagian Latihan dan Kemajuan Kerjaya, Jabatan Kemajuan Masyarakat Ibu Pejabat, Putrajaya.

  • Memberi Latihan pra perkhidmatan kepada bakal Pemaju Masyarakat TABIKA, TASKA dan PKK
  • Memberi Latihan dalam perkhidmatan kepada anggota KEMAS bagi meningkatkan mutu kerja
  • Menggunakan kemudahan yang sediada untuk kakitangan, pihak KEMAS dan lain-lain Agensi.

Tempahan juga boleh dibuat melalui Portal Pusat Latihan Malaysia (MyTC) > http://www.1mtc.gov.my