Konvensyen Kumpulan Inovasi & Kreatif (KIK) Sempena Sambutan Hari Inovasi Jabatan KEMAS telah berlangsung dengan jayanya di Pusat Kegiatan Masyarakat (PKM) Seri Batu, Kuala Lumpur pada 31 Oktober sehingga 2 November 2018. Syabas kepada semua pemenang dan peserta yang telah menyertai konvensyen kali ini.

“Tujuan penganjuran KIK ini adalah untuk menambahbaik urusan kerja selain daripada meningkatkan kualiti & produktiviti kerja khususnya dalam sistem penyampaian perkhidmatan kepada pelanggan.”

“KIK seharusnya dijadikan satu mekanisme yang melibatkan penyelesaian masalah atau penambahbaikan proses kerja & standard sedia ada atau memperkenalkan sesuatu yang baharu melalui konsep ‘knowledge-based’ & ‘creativity driven’ bagi membolehkan jabatan menghasilkan inovasi yang memberi nilai tambah kepada produk atau perkhidmatan.”

– Encik Abdul Kahar Bin Abdullah, Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan & Pembangunan) KEMAS