KELAS DANDANAN DIRI
Pelaksanaan Kelas Dandanan Diri beroperasi di premis KEMAS seperti di Pusat Kegiatan Masyarakat (PKM) dan dan bangunan awam lain seperti balairaya. Setiap kelas disediakan dengan peralatan dan bahan asas dandanan diri serta dikendalikan oleh Pemaju Masyarakat Dandanan Diri yang berkemahiran dan mempunyai Sijl Kemahiran Malaysia (SKM) yang diiktiraf oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK).
Pemaju Masyarakat ini mengajar mengikut modul/ kurikulum yang ditetapkan oleh KEMAS yang mengandungi komponen seperti Rawatan Muka, Solekan, Penjagaan Kuku dan Rambut.
Sijil penyertaan akan diberikan kepada peserta yang telah mengikuti kelas dan memenuhi kurikulum yang ditetapkan.
PERMOHONAN MENGIKUTI KELAS DANDANAN DIRI KEMAS
- Mendaftar terus di kelas-kelas kemahiran seperti Kelas Jahitan, Kelas Masakan Kelas Dandanan diri, Seni Tangan dan Komputer yang berdekatan ;
- Yuran bulanan mengikut keputusan bersama Jawatankuasa Aktiviti Kelas ;
- Sesi Kelas/kuliah : 8.00 pg- 5.00 petang (hari bekerja) ; dan
- Kumpulan Sasar : Belia, Surirumah, Ibu Tunggal dan masyarakat setempat
Individu yang berminat mengikuti kelas-kelas ini boleh memperolehi maklumat di Pejabat KEMAS Negeri atau Daerah yang berhampiran.
SENARAI KELAS DANDANAN DIRI
DASAR PRIVASI | DASAR KESELAMATAN | PENAFIAN | PETA LAMAN | SOALAN LAZIM | PENERBITAN
Hakcipta Terpelihara © 2024 Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS), Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah, Paparan terbaik di Chrome versi 53.0.2785.143, Mozilla Firefox versi 8.0 & IE versi 8.0 dengan resolusi 1366 x 768
Aras 5-9, No 47, Persiaran Perdana, Presint 4, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62100 Putrajaya. Tel: +603-8891 2682 Faks: +603-8888 2312 Emel: info[at]kemas[dot]gov[dot]my