Institut Latihan KEMAS, Kuala Lumpur,
Jalan Syed Putra, 50460 Kuala Lumpur

No. Tel : (03)- 2274 3117 / No. Faks : (03)- 2273 2534
( Pengetua : Sharifah Begum Binti Arabjan )

PENGENALAN

Pusat Latihan KEMAS Kuala Lumpur telah dibina di atas tanah lot no.1100 seksyen 69 dengan keluasan 10180 meter persegi. Pada mulanya dikenali dengan nama Taman Asohan RIDA. Di buka dengan rasminya pada 4 Jun 1956 oleh Yang Teramat Mulia Tuanku Abdul Rahman Putra Al-Haj iaitu Ketua Menteri bagi Persekutuan Tanah Melayu.

Antara fungsi awal penubuhannya ialah “member latihan yang sesuai kepada kaum ibu untuk mempertingkatkan ilmu pengetahuan agar bertanggungjawab kepada keluarga dan masyarakat.

Pada tahun 1963, namanya bertukar menjadi Taman Asuhan Wanita. Tahun 1965 ditukarkepada Taman Latihan Wanita dan seterusnya ditukar kepada Pusat Latihan Wanita dan Pembangunan Keluarga pada tahun 1975.

Pada tahun 1981 Pusat Latihan Wanita dan Pembangunan Keluarga bertukar nama menjadi Pusat Latihan KEMAS Kuala Lumpur.

Pada awal pembinaan, ia mempunyai sebuah asrama yang menampung peserta sekitar 80-100 orang pada satu-satu masa. Ia juga dilengkapi dengan sebuah dewan kuliah, rumah pengetua dan 6 unit rumah pekerja.

Memandangkan pesatnya keperluan latihan terutama dalam bidang teknologi maklumat, sebuah bangunan tambahan dibina dengan kos berjumlah RM270,000.00 bersambung dengan bangunan asrama.

Bangunan yang siap dibina pada tahun 1963 ini menempatkan bilik komputer, bilik masakan, makmal prasekolah dan TABIKA.

Pada tahun 2007 hingga 2010 proses baikpulih dan naiktaraf pusat ini telah dijalankan dengan kerjasama Jabatan Kerja Raya (JKR) Wilayah Persekutuan.

Pada April 2010, Pusat Latihan KEMAS(PLK) Kuala Lumpur menempa sejarah kerana telah diiktiraf menjadi Institut Latihan KEMAS Kuala Lumpur (ILK)

OBJEKTIF

  1. Memberi latihan pra perkhidmatan kepada bakal Pemaju Masyarakat TABIKA dan TASKA.
  2. Memberi latihan dalam perkhidmatan kepada anggota KEMAS bagi meningkatkan mutu kerja.
  3. Menggunakan kemudahan yang sediada untuk kakitangan, pihak KEMAS dan lain-lain Agensi.

KEMUDAHAN

Tempahan juga boleh dibuat melalui Portal Pusat Latihan Malaysia (MyTC) > http://www.1mtc.gov.my