Falsafah Pembangunan Luar Bandar
Falsafah Pembangunan Luar Bandar ialah peningkatan kualiti hidup penduduk luar bandar melalui program-program dan usaha menjadikan kawasan luar bandar satu kawasan yang produktif, menarik, maju dan menguntungkan.
Ianya harus seimbang dengan pembangunan insan yang dinamis, meningkatkan pengetahuan dan kemahiran di kalangan kumpulan sasar untuk menggunakan faktor masa, sumber alam dan pengetahuan ke tahap optima.
Dengan demikian, pembangunan ekonomi dan kesejahteraan hidup keluarga sentiasa cemerlang dan dalam keredhaan Tuhan. Dari dimensi ini falsafah pembangunan luar bandar akan memberi fokus kepada pembangunan manusia oleh manusia. Instrumen pembangunan manusia adalah pendidikan seumur hidup.
Teras Falsafah
Berasaskan pembangunan manusia itu sendiri, kerana manusia akan dapat menggunakan faktor masa dan sumber ke tahap paling optima supaya kadar pembangunan ekonomi dan kesejahteraan hidup keluarganya sentiasa dalam tahap kecemerlangan.
DASAR PRIVASI | DASAR KESELAMATAN | PENAFIAN | PETA LAMAN | SOALAN LAZIM | PENERBITAN
Hakcipta Terpelihara © 2024 Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS), Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah, Paparan terbaik di Chrome versi 53.0.2785.143, Mozilla Firefox versi 8.0 & IE versi 8.0 dengan resolusi 1366 x 768
Aras 5-9, No 47, Persiaran Perdana, Presint 4, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62100 Putrajaya. Tel: +603-8891 2682 Faks: +603-8888 2312 Emel: info[at]kemas[dot]gov[dot]my