Akademi Kemahiran KEMAS Gopeng
Lot 133080, Laluan Persekutuan
31600, Gopeng, Perak
No Telefon : 05 -3572527
(Pengetua :Puan Normalina Binti Abd Manap @ Abd Manaf)
PENGENALAN
Akademi Kemahiran KEMAS Gopeng, Perak diwujudkan sebagai satu tempat untuk meningkatkan kemahiran serta memperkasakan program TVET sebagai nilai tambah kepada masyarakat di dalam menuju wawasan negara.
Akademi Kemahiran KEMAS Gopeng mula beroperasi pada Julai 2010 dengan latihan kemahiran bidang Penyediaan dan Pembuatan Makanan dan di susuli dengan bidang Pembuat Pakaian Lelaki pada tahun April 2011.
OBJEKTIF
- Memberi peluang kepada peserta aktiviti KEMAS untuk memiliki Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) melalui modul berdasarkan National Occupational Skill Standard (NOSS) oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK).
- Meningkatkan dan meluaskan lagi kemahiran Bidang Penyediaan Makanan dan Pembuatan Pakaian Lelaki kalangan belia / beliawanis luar Bandar.
- Melahirkan masyarakat yang berfikiran secara kreatif, bermaklumat, inovatif dan bersaing aktif di pasaran terbuka.
PROGRAM – PROGRAM YANG DITAWARKAN
BIL | NAMA BIDANG | KOD BIDANG | TAHAP | TEMPOH PENGAJIAN | SKOP KERJAYA |
PEMBUAT PAKAIAN LELAKI | |||||
1. | Pembuatan Pakaian Lelaki | TA-010-1 | 1 | 6 BULAN | Jahitan Peringkat Asas |
2. | Pembuat Pakaian Lelaki Kanan | TA-010-2 | 2 | 6 BULAN | Jahitan Peringkat Pertengahan |
3. | Penyelia Pembuat Pakaian Lelaki | TA-010-3 | 3 | 12 BULAN
( 1 TAHUN) |
Jahitan Peringkat Tinggi |
PENYEDIAAN DAN PEMBUATAN MAKANAN | |||||
1. | Penyediaan dan Pembuatan Makanan | HT-012-2:2012 | 2 | 12 BULAN
( 1 TAHUN) |
Masakan Peringkat Asas |
2. | Penyediaan dan Pembuatan Makanan | HT-012-3:2012 | 3 | 12 BULAN
( 1 TAHUN) |
Masakan Peringkat Pertengahan |
IMPAK PROGRAM
- Pusat bertauliah ini akan berfungsi sebagai sebuah pusat akademik yang diiktiraf oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) dalam melahirkan pelatih-pelatih yang berkemahiran tinggi dan berdaya saing dalam bidang penyediaan makanan dan Bidang Jahitan Pakaian Lelaki.
- Pelatih-pelatih yang dilahirkan kelak adalah standing dengan mana-mana pelatih dari Pusat Pengajian Tinggi, Pusat Bertauliah atau akademik lain yang diiktiraf oleh pihak kerajaan dalam bidang penyediaan makanan serta Jahitan
- Melahirkan pengusaha dan membuka peluang pekerjaan kepada masyarakat luar Bandar dalam bidang penyediaan makanan dan jahitan pakaian lelaki.
SYARAT KEMASUKAN PELATIH
- Warganegara Malaysia.
- Umur tidak kurang 18 tahun dan tidak lebih 30 tahun.
- Kelayakan Akademik :
- SPM / SPM (V) / SPVM
- Lulus Bahasa Melayu dan Ujian Lisan.
- Sihat tubuh badan (tidak menghidap penyakit kronik, tidak buta warna dan lain-lain).
- Status Perkahwinan : Bujang
- Bagi calon untuk kemasukan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 1 Bidang Pembuat Pakaian Lelaki dan Tahap 2 Bidang Penyediaan & Pembuatan Makanan hanya perlu mengemukakan sijil akademik dan lain-lain sijil yang berkenaan sahaja.
- Bagi calon untuk kemasukan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2 Bidang Pembuatan Pakaian Wanita wajib memiliki SKM Tahap 1 ( Mengikut bidang yang dipohon ).
- Bagi calon untuk kemasukan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 Bidang Pembuatan Pakaian Wanita wajib memiliki SKM Tahap 2 ( Mengikut bidang yang dipohon ).
- Bagi calon untuk kemasukan Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) Tahap 4-( Eksekutif Fesyen dan Pakaian ) wajib memiliki SKM Tahap 3 ( Pembuatan Pakaian Wanita @ Lelaki).
- Sekiranya Sijil Kemahiran Malaysia masih tidak diperolehi, sila sertakan Borang Pendaftaran & Pengeluaran Sijil (Borang T1003)
- Keutamaan kepada calon daripada keluarga yang berpendapatan rendah.