Penggerak Kesejahteraan Masyarakat Luar Bandar

Memperkasa Masyarakat Luar Bandar Ke Arah Pembangunan Holistik

  • Memperkasakan pendidikan awal kanak-kanak melalui perkembangan sosio emosi, fizikal, intelek dan rohani berdasarkan piawaian/standard yang telah ditetapkan selari dengan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) dan Kurikulum PERMATA Negara
  • Memberi latihan kemahiran yang berkualiti dan diiktiraf bagi mengupayakan ekonomi keluarga luar bandar
  • Memperkasa sosio ekonomi masyarakat luar bandar yang harmoni, berjaya dan sejahtera
  • Meningkatkan pembangunan modal insan yang bersesuaian melalui program pembangunan sumber manusia yang berteraskan pembangunan kompetensi dan kemajuan kerjaya (Attitude, Skills & Knowledge)
  1. Menumpukan Pembangunan Manusia sebagai teras dalam Pembangunan Masyarakat Luar Bandar.
  2. Memperlengkapkan minda melalui pendidikan dan kemahiran mengikut tuntutan semasa.
  3. Penglibatan secara langsung dan bersepadu dengan lain-lain Agensi Kerajaan, Swasta, Institusi Masyarakat dan orang perseorangan dalam usaha membangun Masyarakat Luar Bandar.
  4. Merangsang kumpulan sasar mencetus idea untuk merancang program-program pembangunan.