Akademi Kemahiran KEMAS Sri Iskandar,
32610 Bandar Baru Seri Iskandar, Seri Iskandar, Perak
No. Tel : (05)- 371 2102
No. Faks : 05-371 2115
(Pengetua : Puan Wan Norlee Binti Wan Ismail)

Pusat Bertauliah Akademi Kemahiran KEMAS Seri Iskandar adalah sebuah institut latihan awam di bawah Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS), Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB).

Ia merupakan suatu peningkatan kualiti latihan kemahiran daripada Sijil Kemahiran KEMAS dinaiktaraf kepada Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) dan Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) yang diiktiraf dan dikeluarkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), Kementerian Sumber Manusia.

KEMAS telah menguruskan program kemahiran jahitan di seluruh negara bermula pada tahun 1969. Pada tahun 2007, KEMAS telah mengorak langkah ke hadapan dengan menjalankan program pensijilan kemahiran jahitan tersebut demi melahirkan modal insan yang berkualiti.

  1. Menyediakan tenaga kerja mahir dalam bidang jahitan pakaian sebagai modal insan luar bandar
  2. Melahirkan pengusaha dan tenaga mahir dalam bidang jahitan dan rekaan fesyen serta berdaya saing di sektor perindustrian tekstil
  3. Mewujudkan sinergi latihan dengan agensi kerajaan dan Institut Pengajian Tinggi (IPT) untuk memberi perkhidmatan yang lebih berkualiti kepada masyarakat
BIL NAMA BIDANG KOD BIDANG TAHAP TEMPOH PENGAJIAN SKOP KERJAYA
1. Pembuatan Pakaian Wanita TA-011-2:2012 2 6 BULAN Jahitan Peringkat Asas
2. Pembuatan Pakaian Wanita TA-011-3:2012 3 12 BULAN

( 1 TAHUN)

Jahitan Peringkat Pertengahan
3. Pentadbiran Fesyen Dan Pakaian TA-011-4:2013 4 24 BULAN

(2 TAHUN)

Jahitan Peringkat Tinggi
4. Pengurusan Fesyen Dan Pakaian TA-011-5:2013 5 24 BULAN

(2 TAHUN)

Jahitan Peringkat Tinggi
  1. Meningkatkan mutu modal insan luar bandar yang berkualiti dan mampu menjadikan tenaga mahir dalam industri fesyen dan pakaian
  2. Meningkatkan kemahiran jahitan peserta luar bandar kearah persijilan yang diiktiraf
  3. Memberikan latihan kepada pelatih yang kurang cemerlang dalam bidang akademik tetapi mempunyai kemahiran jahitan yang tinggi
  4. Membimbing peserta dari golongan keluarga berpendapatan rendah
  1. Warganegara Malaysia.
  2. Umur tidak kurang 18 tahun dan tidak lebih 30 tahun.
  3. Kelayakan Akademik :
  • SPM / SPM (V) / SPVM
  • Lulus Bahasa Melayu dan Ujian Lisan.
  1. Sihat tubuh badan (tidak menghidap penyakit kronik, tidak buta warna dan lain-lain).
  2. Status Perkahwinan : Bujang
  3. Bagi calon untuk kemasukan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 1 Bidang Pembuat Pakaian Lelaki dan Tahap 2 Bidang Penyediaan & Pembuatan Makanan hanya perlu mengemukakan sijil akademik dan lain-lain sijil yang berkenaan sahaja.
  4. Bagi calon untuk kemasukan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2 Bidang Pembuatan Pakaian Wanita wajib memiliki SKM Tahap 1 ( Mengikut bidang yang dipohon ).
  5. Bagi calon untuk kemasukan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 Bidang Pembuatan Pakaian Wanita wajib memiliki SKM Tahap 2 ( Mengikut bidang yang dipohon ).
  6. Bagi calon untuk kemasukan Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) Tahap 4-( Eksekutif Fesyen dan Pakaian ) wajib memiliki SKM Tahap 3 ( Pembuatan Pakaian Wanita @ Lelaki).
  7. Sekiranya Sijil Kemahiran Malaysia masih tidak diperolehi, sila sertakan Borang Pendaftaran & Pengeluaran Sijil (Borang T1003)
  8. Keutamaan kepada calon daripada keluarga yang berpendapatan rendah.
Kemudahan Kuantiti Kapasiti Kadar Sewaan

DEWAN BESAR
1 600 -700 org 200