Unit Teknologi Maklumat atau lebih dikenali sebagai Unit ICT merupakan satu perjawatan Gunasama bagi Skim Sistem Maklumat (F) di bawah Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA). Unit ini mula diwujudkan mengikut Waran Perjawatan Bil.E/8 2002 yang mula berkuatkuasa pada 1 April 2002. Unit ini menyediakan keperluan berkaitan teknologi maklumat tidak kira samaada di Ibu Pejabat mahupun di KEMAS negeri. Selain itu, Unit ini juga turut melaksanakan pemantauan dari segi perkakasan dan perisian ICT agar tahap penggunaan instrument teknologi maklumat dapat dicapai secara optimum.