Bahagian Pembangunan Komuniti (BPKom) diwujudkan selepas penyusunan semula organisasi KEMAS diluluskan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) pada bulan Januari 2015. Bahagian ini menggabungkan fungsi Bahagian Pembangunan Desa, Bahagian Bina Insan dan Unit Pusat Sumber yang sebelum ini menjalankan fungsi yang berlainan. Asas pewujudan BPKom adalah memfokuskan kepada program/ aktiviti dan projek untuk membangun dan memperkasakan minda, rohani dan semangat serta soft skills modal insan luar bandar ke arah pembangunan dan kemajuan negara. Terdapat tiga (3) seksyen di bawah bahagian ini iaitu :

  1. Seksyen Kesejahteraan Desa dan Pengurusan
  2. Seksyen Bina Insan
  3. Seksyen Pusat Sumber

Seksyen Kesejahteraan Desa dan Pengurusan :

Seksyen Kesejahteraan Desa dan Pengurusan melaksanakan fungsi Bahagian Pembangunan Desa sebelum ini. Pelaksanan program/ aktiviti ini adalah berteraskan kepada membangun dan memperkasakan aspek minda, semangat dan soft skills modal insan luar bandar khususnya dalam bidang ekonomi dan sosial. Selain itu, ia juga berperanan dalam meningkatkan kerjasama strategik dengan kementerian/ jabatan/ agensi atau pihak luar serta mengupayakan kakitangan. Seksyen ini juga bertanggungjawab untuk membantu dan menyokong hal ehwal pengurusan dan pentadbiran Bahagian Pembangunan Komuniti.

Seksyen ini dipecahkan kepada empat (4) unit iaitu :

  • Unit Pembangunan Sosial
  • Unit Pengupayaan Ekonomi
  • Unit Latihan dan Kerjasama Strategik
  • Unit Pengurusan

Seksyen Bina Insan

Seksyen Bina Insan pula mengambil alih peranan Bahagian Bina Insan dan Unit PLF (sebelum ini program di bawah Seksyen Pusat Sumber). Seksyen ini berperanan dalam aspek perancangan, penyelarasan, pelaksanaan, pemantauan dan penilaian program/ aktiviti di peringkat Ibu Pejabat, negeri mahupun daerah di seluruh negara. Seksyen ini terbahagi kepada dua (2) unit iaitu:

  1. Unit Kerohanian
  2. Unit kekeluargaan dan Literasi.

Seksyen Pusat Sumber

Seksyen Pusat Sumber melaksanakan fungsi Unit Pusat Sumber dan Literasi yang sebelum ini merupakan salah satu Unit di bawah Bahagian Pendidikan Kemahiran. Fokus peranan Pusat Sumber adalah untuk meningkatkan pengetahuan dan menyediakan maklumat kepada golongan kanak-kanak hingga dewasa.

Program dan aktiviti serta Perkhidmatan Pusat Sumber ialah :

a.  Perkhidmatan pinjaman buku

Menyediakan koleksi bahan bacaan yang bersesuaian untuk semua golongan masyarakat yang terdiri dari pelbagai perkara seperti motivasi, agama, kemahiran, novel, rujukan peperiksaan dan lain-lain.

b.  Perkhidmatan rujukan dan perujukan

Pengguna boleh merujuk kepada Pemaju Masyarakat Pusat Sumber berkaitan dengan sesuatu maklumat/ perkara yang tidak dikenalpasti dan Pemaju masyarakat akan memberikan jawapan berdasarkan maklumat sahih dan boleh dipercayai selepas membuat rujukan

c.  Perkhidmatan  Kesedaran Semasa

Pengguna boleh memperolehi maklumat berkaitan isu-isu semasa yang sedang berlaku dalam negara melalui Pemaju Masyarakat Pusat Sumber

d.  Aktiviti Galakan Membaca

Aktiviti ini dilaksanakan sebagai menyokong dasar Kerajaan dalam menggalakkan dan menyemarak budaya membaca di samping menjadikan membaca sebagai gaya hidup.  Antara aktiviti/program yang dilaksanakan adalah pertandingan/kempen berkaitan ilmu dan maklumat seperti mari membaca, aktiviti kemahiran, keceriaan, perkongsian ilmu, ceramah dan lain-lain.