Pada 19 Januari 2015 penstrukturan semula Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) telah membawa kepada penjenamaan semula Bahagian Latihan dan Kemajuan Kerjaya kepada Bahagian Latihan dan Pembangunan Profesional. Selaras dengan Dasar Latihan Sumber Manusia Sektor Awam, Bahagian Latihan dan Pembangunan Profesional telah membangunkan pengupayaan personel melalui program latihan dan pembangunan kerjaya bagi memastikan setiap anggota KEMAS melengkapkan diri dan dilengkapkan dengan sikap (attitude), kemahiran (skills) dan pengetahuan (knowledge) yang bersesuaian bagi meningkatkan pengetahuan, kemahiran dan pembentukan nilai yang positif serta peningkatan peluang kerjaya sejajar dengan objektif dan matlamat mewujudkan modal insan yang cemerlang.

Unit Pengurusan Pentadbiran:

Bertanggungjawab mengurus tadbir hal ehwal pentadbiran di Bahagian Latihan dan Pembangunan Profesional dan menyelaras pengurusan pentadbiran bagi Institut dan Pusa tLatihan KEMAS melalui pengetua-pengetua.

Unit Penyelidikan dan Pengurusan Kewangan:

Bertanggungjawab mengurus tadbir urusan peruntukan kewangan mengurus dan pembangunan bahagian serta melaksanakan program penyelidikan bagi mengesan keberkesanan kursus dan impak positif kepada kakitangan dan jabatan;

Unit Generik:

Bertanggungjawab melaksanakan kursus atau latihan insaniah kakitangan KEMAS dalam membentuk dan meningkatkan kelayakan akademik,memperkukuhkan pengetahuan dan kemahiran mereka dalam menuju kemajuan kerjaya yang lebih baik; dan

Unit Fungsional:

Bertanggungjawab melaksanakan kursus jabatan yang cenderung kepada program-program KEMAS.Secara langsung kakitangan akan lebih faham dan berkebolehan menghayati misi, visi, objektif dan fungsi KEMAS kepada kumpulan sasar.