๐ˆ๐Š๐‹๐€๐ ๐‰๐€๐–๐€๐“๐€๐ ๐Š๐Ž๐’๐Ž๐๐†

Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) ingin mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan mengisi keperluan jawatan Penolong Jurutera, Gred JA29 (Kontrak).

BIL SKIM GRED BIDANG BIL. KEKOSONGAN
1 Penolong Jurutera JA29 Awam 12
2 Elektrik 7

SYARAT DAN KELAYAKAN PERMOHONAN:-

(a)ย  Warganegara Malaysia;
(b)ย  Berumur tidak kurang dari 21 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
(c)ย  Calon hendaklah memiliki kepujian (Sekurang-kurangnya Gred C) dalam
subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional
Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; dan
(d)ย  Memiliki diploma akademik dalam bidang kejuruteraan yang diiktiraf oleh
Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang
diiktiraf setaraf dengannya. Salah satu bidang yang diberi keutamaan adalah
seperti berikut:
i. Diploma Kejuruteraan Awam
ii. Diploma Kejuruteraan Elektrik
(e)ย  Telah menamatkan pengajian dan mempunyai skrol diploma serta transkrip
(telah selesai Majlis Konvokesyen);
(f)ย  Memiliki Nilai CGPA 3.00 ke atas;
(g)ย  Pengalaman kerja dalam bidang berkaitan sekurang-kurangnya 12 bulan
boleh diberikan keutamaan;
(h) Mempunyai kemahiran dalam bidang menganalisa data / maklumat adalah
satu kelebihan;
(i)ย  Mahir menggunakan perisian Microsoft Office;
(j)ย  Mempunyai Lesen Memandu Kelas B2 atau D.

CARA MEMOHON:-
(a) Permohonan hendaklah dibuat secara atas talian di kis.kemas.gov.my mulai
11 Ogos 2021 hingga 24 Ogos 2021.
(b) Calon hanya dibenarkan mengisi satu (1) jawatan sahaja.
(c) Permohonan yang lewat diterima atau tidak mengikut syarat yang dinyatakan
akan ditolak.
(d) Hanya permohonan yang dibuat secara atas talian sahaja yang akan diterima.