|
Menu
|
|
|
|
|
Kemas Wilayah Persekutuan[Info] [Pengurusan] [Aktiviti] [Organisasi] [PKD] [PKM] [PLK] Info |  |  |
Jabatan Kemajuan Masyarakat Wilayah Persekutuan Tingkat 28, Menara TH Perdana Jalan Sultan Ismail 55250 Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, MALAYSIA Tel : 03 - 2698 8080 Faks : 03 - 2698 8562 E-Mail : kemas_wilayah@kemas.gov.my
Latar Belakang
Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) Wilayah Persekutuan telah mula beroperasi semenjak tahun 1971 di bangunan MIS Sentul. Pengarahnya yang pertama adalah Tuan Haji Kamarudin Mat Tanda yang menjalankan tugas sehingga tahun 1980 sebelum digantikan dengan oleh YAB Ketua Menteri Melaka ketika ini iaitu Dato' Wira Mohd Ali Rustam pada tahun 1981. Pada tahun 1983, KEMAS Wilayah telah berpindah ke Bangunan MMA (Persatuan Perubatan Malaysia) dan Pengarah KEMAS ketika itu adalah Dato' Suhaimi Ibrahim.
Kemudian, KEMAS Wilayah sekali lagi berpindah iaitu ke Wisma Dato' Dagang (sekarang dikenali sebagai Bangunan ZIKAY) di Jalan Raja Alang, Kg. Baru, Kuala Lumpur pada tahun 1987 dan ketika itu Tuan Haji Shaari b. Ahmad memegang teraju Pengarah. November 2003 sekali lagi menyaksikan perpindahan KEMAS Wilayah ke pejabat yang lebih canggih lagi iaitu di Menara TH Perdana, Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur. Perpindahan ini dibuat memandangkan ruang pejabat sedia ada tidak dapat menampung lagi pertambahan bilangan kakitangan. Memandangkan KEMAS Wilayah kini telah beroperasi di kawasan segi tiga emas, maka semua warga kerja jabatan berazam memberikan perkhidmatan yang terbaik terutamanya kepada masyarakat demi mencapai wawasan negara.
Piagam Pelanggan Sebagai mendokong hasrat dan objektif untuk menggalakkan usaha-usaha pembangunan dan pemodenan ke arah sektor luar Bandar yang maju, menarik dan menguntungkan, kami berjanji : - Memberi perkhidmatan perancangan dan pengawasan perlaksanaan program /projek luar Bandar supaya menepati dasar-dasar kerajaan dan memberi maklumat kepada agensi pusat mengikut jadual yang telah ditetapkan.
- Memberi pengetahuan dan kemahiran kepada masyarakat luar Bandar dalam bidang sosial , ekonomi dan politik agar bersikap positif untuk menerima perubahan.
- Memberi kemudahan infrastruktur yang mencukupi kepada penduduk luar Bandar.
- Memberi latihan dan khusus untuk meningkatkan lagi kualiti dan produktiviti pengurusan sumber manusia
- Memberi perkhidmatan bimbingan , bantuan dan memupuk pengusaha dan bakal pengusaha luar bandar yang berpotensi dan berdaya maju dengan berkesan untuk mencapai matlamat pengujudan calon-calon Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputra ( MPPB ) yang berdikari dan kompetitif
- Memberi perkhidmatan perancangan dan pengawalan yang berkualiti dan berakauntabiliti
- Memberi perkhidmatan yang cekap, tepat, saksama dan mesra.
|
Info |  |  |
Jabatan Kemajuan Masyarakat Wilayah Persekutuan Tingkat 28, Menara TH Perdana Jalan Sultan Ismail 55250 Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, MALAYSIA Tel : 03 - 2698 8080 / 03 - 2691 3285 Faks : 03 - 2698 8562 E-Mail : kemas_wilayah@kemas.gov.my
Latar Belakang
Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) Wilayah Persekutuan telah mula beroperasi semenjak tahun 1971 di bangunan MIS Sentul. Pengarahnya yang pertama adalah Tuan Haji Kamarudin Mat Tanda yang menjalankan tugas sehingga tahun 1980 sebelum digantikan dengan oleh YAB Ketua Menteri Melaka ketika ini iaitu Dato' Wira Mohd Ali Rustam pada tahun 1981. Pada tahun 1983, KEMAS Wilayah telah berpindah ke Bangunan MMA (Persatuan Perubatan Malaysia) dan Pengarah KEMAS ketika itu adalah Dato' Suhaimi Ibrahim.
Kemudian, KEMAS Wilayah sekali lagi berpindah iaitu ke Wisma Dato' Dagang (sekarang dikenali sebagai Bangunan ZIKAY) di Jalan Raja Alang, Kg. Baru, Kuala Lumpur pada tahun 1987 dan ketika itu Tuan Haji Shaari b. Ahmad memegang teraju Pengarah. November 2003 sekali lagi menyaksikan perpindahan KEMAS Wilayah ke pejabat yang lebih canggih lagi iaitu di Menara TH Perdana, Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur. Perpindahan ini dibuat memandangkan ruang pejabat sedia ada tidak dapat menampung lagi pertambahan bilangan kakitangan. Memandangkan KEMAS Wilayah kini telah beroperasi di kawasan segi tiga emas, maka semua warga kerja jabatan berazam memberikan perkhidmatan yang terbaik terutamanya kepada masyarakat demi mencapai wawasan negara.
Piagam Pelanggan Sebagai mendokong hasrat dan objektif untuk menggalakkan usaha-usaha pembangunan dan pemodenan ke arah sektor luar Bandar yang maju, menarik dan menguntungkan, kami berjanji : - Memberi perkhidmatan perancangan dan pengawasan perlaksanaan program /projek luar Bandar supaya menepati dasar-dasar kerajaan dan memberi maklumat kepada agensi pusat mengikut jadual yang telah ditetapkan.
- Memberi pengetahuan dan kemahiran kepada masyarakat luar Bandar dalam bidang sosial , ekonomi dan politik agar bersikap positif untuk menerima perubahan.
- Memberi kemudahan infrastruktur yang mencukupi kepada penduduk luar Bandar.
- Memberi latihan dan khusus untuk meningkatkan lagi kualiti dan produktiviti pengurusan sumber manusia
- Memberi perkhidmatan bimbingan , bantuan dan memupuk pengusaha dan bakal pengusaha luar bandar yang berpotensi dan berdaya maju dengan berkesan untuk mencapai matlamat pengujudan calon-calon Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputra ( MPPB ) yang berdikari dan kompetitif
- Memberi perkhidmatan perancangan dan pengawalan yang berkualiti dan berakauntabiliti
- Memberi perkhidmatan yang cekap, tepat, saksama dan mesra.
|
Pengurusan | BIL | IMEJ | NAMA | JAWATAN | E-MEL | 1. |
| Cik Anisah Binti Saidin | Pengarah KEMAS Wilayah Persekutuan | anisah@kemas.gov.my | 2. |  | Pn Sarimah Binti Ahmad | Penolong Pengarah (Pengurusan 1) | sarimah@kemas.gov.my | 3. |  | En Syahnas Bin Rahman | Penolong Pengarah (Pengurusan 2) | syahnas@kemas.gov.my | 4. |  | Pn. Tusreha Binti Ani | Pegawai Operasi 2 (Pejabat Wilayah) | anakeani@yahoo.com | 5. |  | Pn. Tuan Aznita Binti Tuan Mohd. Zubit | Pegawai Zon 1 (PKM Batu) | | 6. |  | Cik Wan Rohawati Binti Ibrahim | Pegawai Zon 2 (Pejabat Wilayah) | | 7. |  | En. Mohd. Khairul Hisyam Bin Harifin | Pegawai Zon 3 (PKM Batu) | |
|
Aktiviti | “Harap Maaf, kandungan ini sedang dikemaskini” |
Organisasi | |
|
PKD | Pejabat KEMAS Daerah & Zon BIL | DAERAH / ZON | ALAMAT & NO. TELEFON | PEGAWAI BERTUGAS | 1. | Labuan | Pusat Kegiatan Masyarakat(PKM) Labuan, Pekan Sri Kg Pantai, Peti Surat 82235, 87032 Wilayah Persekutuan Labuan.
Tel : 087-414614 No. H/P : 019-7447914 | En Azhar b. Othman Pegawai KEMAS Daerah (Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat Gred S32) | | 2. | Zon 1 | Pejabat KEMAS W.Persekutuan Tingkat 28, Menara TH Perdana, Jalan Sultan Ismail, 50250 Kuala Lumpur. Tel : 03-26988080 Ext : 168 No. H/P : 017-9594271 | Pn. Tuan Aznita bt Tuan Mohd Zubit Pegawai Zon 1 (Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat Gred S27) | | 3. | Zon 2 | Pejabat KEMAS W.Persekutuan Tingkat 28, Menara TH Perdana, Jalan Sultan Ismail, 50250 Kuala Lumpur. Tel : 03-26988080 Ext : 168 No. H/P : 017-9594271 | Cik Wan Rohawati bt Ibrahim Pegawai Zon 2 (Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat Gred S27) | | 4. | Zon 3 | Pusat Kegiatan Masyarakat(PKM) Lot 48565, Jalan 2/12, Kg Sri Batu, Batu 4, Jalan Ipoh, 51000 Kuala Lumpur. Tel : 03-62510218 No. H/P : 017-3148073 | En Mohd Khairul Hisyam b Harifin Pegawai Zon 3 (Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat Gred S27) |
|
PKM | Pusat Kegiatan Masyarakat
Pengenalan
Pusat Kegiatan Masyarakat atau lebih dikenali sebagai PKM merupakan sebuah pusat atau tempat bagi membolehkan masyarakat menjalankan pelbagai aktiviti kemasyarakatan. Ianya boleh dianggap sebagai sebuah kompleks bagi KEMAS menjalankan pelbagai aktiviti yang meliputi aktiviti-aktiviti seperti TABIKA, TASKA, Pusat Komputer, Pusat Kesejahteraan Keluarga, Pusat Kemahiran, Pusat Sumber dan sebagainya. Di samping itu, pelbagai aktiviti ceramah dan kegiatan kemasyarakat yang lain juga boleh diadakan di sini memandangkan setiap PKM mempunyai dewan masing-masing dan mempunyai kawasan lapang yang luas.
Kemudahan
Pelbagai kemudahan disediakan di dalam satu-satu Pusat Kegiatan. Walau bagaimanapun, kemudahan-kemudahan ini bergantung kepada jenis PKM berkenaan yang dikelaskan kepada kategori-kategori tertentu iaitu A, B dan C. Secara umumnya kemudahan yang disediakan adalah seperti yang berikut : - Asrama
- Bilik Tetamu
- Dewan besar
- Dewan makan
- Surau
- Bilik kuliah
- Bilik komputer
- Pusat Sumber
- TABIKA
- TASKA
Pusat ini dan segala kemudahannya boleh digunakan oleh masyarakat umum. Sila berhubung dengan pejabat-pejabat KEMAS kawasan atau negeri bagi mendapatkan keterangan lanjut. |
PLK | Pusat Latihan KEMAS, Kuala Lumpur, Jalan Syed Putra, 50460 Kuala Lumpur No. Tel : (03)- 2274 3117 / No. Faks : (03)- 2273 2534 ( Pengetua : Harun bin Hashim )
Pengenalan
Pusat Latihan ini telah dibina di atas blok tanah 142 Sect. 69, Jalan Lornie, Kuala Lumpur, pada tahun 1962 dengan kos berjumlah RM 385, 348.20. Pada mulanya dikenali dengan nama Taman Asohan RIDA dan dibuka dengan rasminya pada 4 Jun 1956 oleh Yang Berhormat Y.T.M Tuanku Abdul Rahman Putra Al-Haj, Ketua Menteri bagi Persekutuan Tanah Melayu. Antara fungsi awal penubuhannya ialah "memberi latihan yang sesuai kepada kaum ibu untuk mempertingkatkan ilmu pengetahuan agar bertanggungjawab kepada keluarga dan masyarakat".
Pada tahun 1963, namanya bertukar menjadi Taman Asuhan Wanita. Pada tahun 1956 ditukar kepada Taman Latihan Wanita dan seterusnya ditukar kepada Pusat Latihan Wanita dan Pembangunan Keluarga pada tahun 1975. Pada tahun 1981 namanya bertukar lagi dan kekal sehingga kini iaitu Pusat Latihan KEMAS Kuala Lumpur. Keperluan fungsinya telah diwarnai dengan perubahan nama menjadikan Pusat Latihan KEMAS Kuala Lumpur sarat dengan fakta sejarah pembangunan agama, bangsa dan negara.
Bermula dengan pengurusan rumah tangga iaitu cara-cara mengasuh anak, mendobi, memasak, menjahit, dandanan diri, menternak dan berkebun bertujuan meningkatkan kualiti hidup penduduk luar bandar. Kini, Pusat Latihan KEMAS Kuala Lumpur berbangga dengan memberi latihan pra perkhidmatan kepada pegawai dan kakitangan KEMAS terutamanya dalam menangani ledakan teknologi maklumat dan dunia tanpa sempadan. Fungsi tradisi memberi latihan asas kepada Pemaju Masyarakat TABIKA diperkembangkan kepada kursus Bina Insan, Kesejahteraan Keluarga (dahulu dikenali sebagai ERT) dan beberapa kursus lain yang telah diaturkan oleh ibupejabat KEMAS. Dengan kemudahan sumber yang ada, peralatan yang berkualiti serta komitmen kakitangan yang tinggi, maka kemampuan untuk mencapai pembangunan sumber manusia yang berkualiti dan dinamik melalui bidang latihan tidak perlu dipersoalkan lagi.
Sejarah Pembinaan
Pada awal pembinaan, ia mempunyai sebuah asrama yang menampung peserta sekitar 80-100 orang pada satu-satu masa. Ia juga dilengkapi dengan sebuah dewan kuliah, rumah pengetua dan 6 unit rumah pekerja. Memandangkan pesatnya keperluan latihan terutama dalam bidang teknologi maklumat, sebuah bangunan tambahan dibina dengan kos berjumlah RM270,000.00 bersambung dengan bangunan asrama. Menempatkan bilik komputer, bilik masakan, makmal pra sekolah dan TABIKA. Bangunan tambahan ini telah siap dibina pada tahun 1993.
Objektif
- Memberi Latihan pra perkhidmatan kepada bakal Pemaju Masyarakat TABIKA, TASKA dan PKK
- Memberi Latihan dalam perkhidmatan kepada anggota KEMAS bagi meningkatkan mutu kerja
- Menggunakan kemudahan yang sediada untuk kakitangan, pihak KEMAS dan lain-lain Agensi
Fungsi
- Menjalankan Latihan guru pra sekolah kepada pelatih untuk menjadi guru di TABIKA KEMAS
- Menjalankan Latihan guru TASKA kepada pelatih untuk menjadi guru di TASKA KEMAS
- Menjalankan Latihan guru PKK kepada pelatih guru PKK
- Memberi Latihan dalam perkhimatan kepada anggota-anggota KEMAS
- Membuat penilaian Latihan amali, laporan kursus dan aktiviti ko-kurikulum peserta
- Menyediakan tempat dan kemudahan kepada agensi kerajaan, swasta dan pertubuhan untuk seminar dan bengkel
Kemudahan - Asrama - 60 - 80 orang
- Dewan kuliah - 80 - 100 orang
- Bilik komputer
- Pusat Sumber
- Kelas masakan
- Bilik mesyuarat
- Surau
- 1 buah bas mini
- 1 buah van
* Kadar bayaran tertakluk kepada tariff institusi / bangunan kerajaan
Lokasi
PLK Kuala Lumpur terletak 7 kilometer dari Pusat Bandar Kuala Lumpur. Boleh dikunjungi dengan menggunakan pelbagai kemudahan perkhidmatan awam seperti bas, teksi, LRT dan keretapi (komuter). Hentian Puduraya merupakan stesen yang terdekat bagi laluan bas ekspres dari negeri utara semenanjung manakala Hentian Putra bagi penumpang dari Pantai Timur.
KL Sentral yang terletak di Brickfields, Kuala Lumpur memudahkan lagi kunjungan ke PLK kerana ianya menjadi nadi utama sistem pengangkutan awam di sini. Di KL Sentral pengunjung boleh mendapatkan khidmat teksi, bas perantara, LRT dan ERL (keretapi laju). DEngan menaiki ERL, pengunjung boleh sampai terus ke PLK Kuala Lumpur sejurus sampai di KLIA, Sepang kerana jarak antara KL Sentral dengan PLK Kuala Lumpur yang berhampiran.
Perkhidmatan teksi boleh diperolehi dengan kadar yang berpatutan dari semua destinasi di Lembah Klang. Namun perlu dipastikan agar teksi yang dipilih menggunakan meter bagi mengelakkan ditipu. Memandangkan pusat ini telah wujud semenjak 1960-an lagi, kebanyakan pemandu teksi di ibu kota mengetahui kewujudan dan lokasi PLK atau sebut sahaja PLK KEMAS Jalan Syed Putra berhampiran Masjid Negara. |
|
|
|
|
|
|
 |
|
|
|
|
|
|
Hakcipta Terpelihara 2010 © Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS). Sesuai dipapar menggunakan IE 7.0 & ke atas dan Mozilla Firefox 2.0 & ke atas dengan resolusi 1024 x 768
|
|
|
webmaster@kemas.gov.my
info@kemas.gov.my
|
 |
|
JABATAN KEMAJUAN MASYARAKAT (KEMAS)
Aras 2-3, Blok 1, Menara PJH, Presint 2
62100 Wilayah Persekutuan Putrajaya
MALAYSIA
Tel : 03-8889 7400
Fax : 03-88896458 / 6471
|
|
|