Bahagian Pendidikan Masyarakat
SOALAN 1
Apakah syarat-syarat untuk memasuki Persijilan Kemahiran Malaysia di ILK Seri Iskandar?
JAWAPAN
- Warganegara Malaysia
- Umur tidak kurang dari 18 tahun dan tidak melebihi 30 tahun.
- SPM (Lulus Bahasa Malayu dan Ujian Lisan)
Bagi calon untuk kemasukan SKM Tahap 2 wajib memiliki Tahap 1 atau bagi calon Tahap 3 wajib memiliki SKM Tahap 2. - Sihat tubuh badan (tidak menghadapi penyakit kronik, tidak buta warna dan lain-lain.
- Status bujang
SOALAN 2
Bagaimana hendak menghantar borang permohonan untuk memasuki Kursus Persijilan Kemahiran Malaysia?
JAWAPAN
Ada dua kategori peserta untuk memasuki kursus ini iaitu:
- Peserta Bengkel Jahitan Kelas Kemas
- Perlu mengikuti Ujian Penilaian Kecekapan
- Perlu menjalani temuduga
- Borang di hantar ke KEMAS Negeri
- Bukan peserta Kelas KEMAS
- Borang perlu di hantar ke KEMAS Ibu Pejabat untuk sesi temuduga sebelum tarikh kemasukan iaitu sesi Jun dan Januari.
SOALAN 3
Bagaimana hendak memasuki Kelas Kemahiran pada hari Sabtu dan Ahad?
JAWAPAN
Peserta tersebut perlu memohon persetujuan dari KEMAS Negeri dan tenaga pengajar tersebut untuk melaksanakan kelas pada hari cuti. Peserta tersebut akan dikenakan bayaran untuk perkhidmatan tenaga pengajar kerana menjalankan tugas pada hari cuti tetapi tidak akan dikenakan bayaran atas persetujuan tenaga pengajar tersebut.
SOALAN 4
Siapakah yang boleh menyertai kelas Pendidikan Kemahiran Jahitan?
JAWAPAN
Kelas PK(J) terbuka kepada semua peserta yang berminat.
SOALAN 5
Berapakah yuran yang harus dibayar untuk menyertai kelas-kelas Kemahiran?
JAWAPAN
Yuran maksimum adalah RM25 dan minimum adalah percuma dan bergantung kepada persetujuan peserta.
SOALAN 6
Apakah aktiviti-aktiviti di dalam kelas PKK? Berapakah kekerapan kelas tersebut?
JAWAPAN
Pelbagai aktiviti telah diatur untuk kelas PKK. Antaranya ialah kelas masakan, kelas kraftangan dan kelas jahitan. Kebiasaannya kelas-kelas tersebut diadakan secara bergilir-gilir mengikut permintaan. Kelas PKK diadakan 1-3 kali seminggu supaya tidak menganggu aktiviti harian wanita dalam menguruskan rumah tangga.
SOALAN 7
Adakah KEMAS mengajar kursus kraftangan?
JAWAPAN
Ya. Kelas kraftangan yang dilaksanakan adalah seperti Rotan, Mengkuang, Seramik, Tanah Liat dan Bahan Terbuang seperti di lampiran.
SOALAN 8
Apakah kursus-kursus kemahiran yang ditawarkan oleh KEMAS?
JAWAPAN
Kursus Jahitan, Dandanan Diri, Masakan dan Kraftangan.
SOALAN 9
Bagaimanakah untuk mengikuti kursus jangka pendek dalam bidang kemahiran (Dandanan Diri, Jahitan, Masakan)?
JAWAPAN
Keutamaan diberi kepada peserta kelas KEMAS. Peserta perlu memohon kepada pihak KEMAS Daerah untuk dipanjangkan ke KEMAS Negeri.
SOALAN 10
Bagaimana hendak menyertai kelas Kemahiran KEMAS?
JAWAPAN
Berhubung dengan KEMAS Daerah di kawasan yang berdekatan.
SOALAN 11
Apakah program-program yang dikendalikan oleh Unit Literasi?
JAWAPAN
- Pusat Sumber
- Pusat Literasi Komputer
- Pusat Literasi Fungsian (Sabah dan Sarawak sahaja).
SOALAN 12
Bagaimanakah caranya untuk mengikuti program di bawah Unit Literasi?
JAWAPAN
- Mestilah mendaftar terlebih dahulu sebagai ahli di mana-mana premis KEMAS yang berhampiran
- Hubungi KEMAS negeri dan KEMAS Daerah untuk mendapatkan maklumat lanjut
- Layari laman web KEMAS untuk mengetahui lokasi
SOALAN 13
Apakah perkhidmatan yang disediakan oleh Pusat Sumber KEMAS?
JAWAPAN
- Keahlian
- Rujukan maklumat
- Pinjaman bahan
- Aktiviti/program galakan membaca
- Pinjaman antara Pusat Sumber/Perpustakaan
- Sudut kanak-kanak
- Komputer
- Internet (Dalam proses)
- Bilik kuliah
- Audio visual
SOALAN 14
Siapakah yang boleh menjadi ahli?
JAWAPAN
Terbuka kepada semua (kanak-kanak, remaja, dewasa) terutamanya penduduk setempat
SOALAN 15
Di manakah boleh saya dapatkan borang keahlian Pusat Sumber?
JAWAPAN
- Sila layari laman web KEMAS
- Datang ke premis yang berhampiran untuk mendapatkan borang dan pendaftaran ahli
SOALAN 16
Berapakah had umur keahlian dan bayaran yang dikenakan?
JAWAPAN
- Tiada had umur
- Tiada bayaran dikenakan kecuali untuk perkhidmatan tertentu sahaja yang dikenakan bayaran paling minima
SOALAN 17
Bagaimanakah cara untuk memperbaharui tempoh pinjaman bahan bacaan?
JAWAPAN
Pembaharuan tempoh pinjaman boleh dibuat di kaunter Pusat Sumber
SOALAN 18
Berapa lamakah tempoh pinjaman?
JAWAPAN
Tempoh pinjaman boleh dibuat tidak melebihi dua minggu atau tertakluk kepada peraturan Pengurusan Pusat Sumber berkenaan
SOALAN 19
Bilakah waktu perkhidmatan/ pengoperasian?
JAWAPAN
- 08.30 pagi hingga 05.30 petang
- Bergantung kepada Pusat Sumber berkenaan
SOALAN 20
Di manakah lokasi Pusat Sumber KEMAS?
JAWAPAN
- Klik direktori Pusat Sumber KEMAS
- Hubungi KEMAS Negeri atau KEMAS Daerah untuk maklumat lanjut
SOALAN 21
Apakah kursus yang ditawarkan di Pusat Literasi Komputer KEMAS?
JAWAPAN
- Kursus Asas Komputer
- Pencarian Maklumat
- Sila hubungi premis, KEMAS Negeri dan KEMAS Daerah untuk maklumat lanjut
SOALAN 22
Di manakah lokasi Pusat Literasi Komputer?
JAWAPAN
Sila hubungi KEMAS Negeri dan KEMAS Daerah untuk maklumat lanjut
SOALAN 23
Apakah aktiviti yang ada di bawah program Literasi Fungsian?
JAWAPAN
- Kemahiran 3M dan Projek Penambahan Pendapatan untuk penduduk pendalaman Sabah dan Sarawak
- Pencarian Maklumat
- Boleh hubungi KEMAS Negeri atau KEMAS Daerah untuk maklumat lanjut
SOALAN 24
Bagaimanakah untuk mengetahui maklumat lanjut berkenaan dengan Pusat Literasi Fungsian?
JAWAPAN
Layari laman web KEMAS Sabah dan Sarawak