| | | Kandungan Jurnal | Pengenalan Bahagian memastikan perancangan , pengurusan dan pembangunan sumber manusia serta urusan pentadbiran dilaksanakan dengan berkesan dan cekap bagi meningkatkan imej KEMAS melalui aktiviti-aktiviti berikut: - Pembangunan Organisasi dari segi perjawatan, struktur organisasi, fungsi dan skim perkhidmatan.
- Pengambilan dan penempatan kakitangan
- Pengesahan lantikan dan pengesahan dalam jawatan
- Persaraan dan perletakan jawatan
- Kenaikan pangkat, pemangkuan dan tanggungkerja.
- Pentadbiran hal-hal cuti
- Penilaian Prestasi dan Anugerah Khidmat Cemerlang
- Lanjutan/Pembaharuan Kontrak Perkhidmatan Kakitangan Kontrak
- Peperiksaan Perkhidmatan dan Kursus Induksi Kakitangan
- Rekod Perkhidmatan
- Hal-hal Disiplin Kakitangan
- Pengurusan kualiti Jabatan
| - Memantapkan kakitangan pengurusan dan pentadbiran bagi menyokong bahagian-bahagian lain untuk mencapai objektif organisasi.
- Melahirkan anggota yang berkualiti, berkemahiran dalam pelbagai bidang termasuk ICTselaras dengan keperluan E-Government dan kompeten serta berintegrasi melalui perancangan dan pengurusan sumber manusia secara cekap dan adil.
- Mewujudkan persekitaran dan hubungan kerja yang harmoni di dalam organisasi serta suasana kerja yang lebih selesa, selamat, ceria dan mesra pelanggan.
- Menyedia serta menyalurkan maklumat terkini dan Dasar Organisasi ke setiap peringkap di negeri, daerah dan kawasan bagi
mewujudkan hubungan kerja yang lebih mantap dan berkesan melalui bahan-bahan bercetak dan audio visual. | Pembangunan Organisasi - Mengenal pasti keperluan perjawatan-perjawatan baru dan gred jawatan.
- Kajian peranan/fungsi organisasi dan perjawatan.
- Pengambilan dan penempatan kakitangan sokongan (tetap dan kontrak).
- Mewujudkan rangkaian kerja dengan agensi-agensi berkaitan.
- Penyelarasan dan mengemaskini tugas-tugas pegawai/kakitangan tetap dan kontrak.
- Mengemaskini senarai pengisian maklumat perjawatan setiap 3 bulan.
- Mengemaskini carta organisasi.
Pengurusan Sumber Manusia - Pengesahan lantikan dan pengesahan dalam jawatan.
- Urusan kenaikan pangkat, pemangkuan dan tanggungkerja.
- Pengistiharan harta pegawai/kakitangan tetap.
- Pengurusan cuti rehat, cuti sakit, cuti haji dan lain-lain.
- Mengurus dan menyelaras Penilaian Prestasi dan Anugerah Khidmat Cemerlang.
- Lanjutan/pembaharuan kontrak perkhidmatan kakitangan kontrak.
- Mengurus dan mengendalikan Peperiksaan Pegawai dan kakitangan.
- Urusan persaraan/pencen bagi pegawai/kakitangan tetap dan penamatan kontrak bagi kakitangan kontrak bagi tujuan penyediaan pembayaran ganjaran.
- Pengemaskinian Rekod Perkhidmatan.
- Hal-hal prosiding dan tindakan tatatertib Pegawai dan kakitangan.
- Penilaian Tahap Kecekapan Pegawai dan kakitangan.
Pentadbiran Am - Urus setia Jawatankuasa Keutuhan Pengurusan/Jawatankuasa Kualiti Jabatan/MBJ.
- Pelaksanaan Pekeliling-Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam Urusan Keselamatan Pejabat.
- Urusan penyediaan dan penyewaan ruang pejabat Ibu Pejabat,Negeri, Daerah dan kemudahan-kemudahannya serta urusan penyelenggaraan termasuk bagi Pusat Kegiatan Masyarakat dan Pusat Latihan KEMAS.
- Manual Prosedur Kerja dan Fail Meja.
- Keselamatan dan Kerahsiaan Dokumen Jabatan.
- Keceriaan suasana/persekitaran pejabat.
- Penyelarasan Urusan Persidangan Parlimen.
- Urus setia mesyuarat dan majlis-majlis rasmi.
- Penyelenggaraan kenderaan.
- Urusan Kad Perakam Waktu (Punch Card)
- Kawalan disiplin kakitangan/pegawai
- Mengurus dan memproses bayaran ex-gratia kepada kakitangan
- Mengurus hal-hal kebajikan kakitangan
- Pengurusan dan pelupusan fail
- Urusan auditan pentadbiran
- Urusan surat-menyurat am
Penerbitan dan Dokumentari - Penerbitan majalah Suara Kemas secara berkala dan bahan sebaran maklumat.
- Pengelolaan pameran aktiviti KEMAS
- Pengendalian hal-hal lawatan ke KEMAS
- Penerbitan bahan-bahan bacaan/alat bantuan mengajar/pembelajaran
- Percetakan dokumen-dokumen yang perlu disebarkan ke semua Bahagian KEMAS
- Hal-hal pengurusan semua alat penerbitan dan percetakan di Ibu Pejabat KEMAS
- Perkhidmatan liputan pemberita dan jurugambar untuk Aktiviti KEMAS
- Penerbitan video, fotografi dan bahan-bahan grafik Jabatan
- Urusan dokumentari dan penjilidan rasmi
- Urus setia penulisan rasmi Jabatan
| | | |