PENGENALAN

Bahagian Pendidikan Awal Kanak-Kanak menyelaraskan dan menguruskan Program Pendidikan Awal Kanak-kanak mengikut Kurikulum Standard   Pra sekolah   Kebangsaan (KSPK) di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Akta Taman Asuhan Kanak-kanak 1984 di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) serta Dasar Asuhan dan Kurikulum PERMATA Negara adalah bagi Taska

Program Pendidikan Awal Kanak-Kanak KEMAS terbahagi kepada dua kategori iaitu:

  1. Taman Asuhan Kanak-Kanak (TASKA) :kanak-kanak 2 – 4 Tahun
  2. Taman Bimbingan Kanak-kanak (TABIKA) : Kanak-kanak 4 – 6 Tahun

KUMPULAN SASAR

Kanak-kanak berusia 4 – 6 Tahun

YURAN TABIKA KEMAS

SUMBER: AP 1 TAHUN 2018 PENGOPERASIAN DAN PERATURAN KUTIPAN BAYARAN TABIKA DAN TASKA PERMATA KEMAS

WAKTU OPERASI TABIKA KEMAS

SUMBER: AP 1 TAHUN 2018 PENGOPERASIAN DAN PERATURAN KUTIPAN BAYARAN TABIKA DAN TASKA PERMATA KEMAS

SYARAT-SYARAT KEMASUKAN TABIKA

  1. Kanak-kanak yang mempunyai status Warganegara Malaysia
  2. Terbuka untuk kanak-kanak berumur 4 hingga 6 tahun (Keutamaan untuk kanak-kanak berumur 5 dan 6 tahun).
  3. Permohonan kemasukan ke Tabika KEMAS tahun 2019 akan dibuka mulai Jun hingga Oktober 2018.
  4. Borang permohonan boleh di muat turun melalui portal Jabatan Kemajuan Masyarakat (http://www.kemas.gov.my) serta di semua Tabika KEMAS.
  5. Bilangan kanak-kanak di dalam sebuah kelas adalah terhad iaitu seramai 25 orang sahaja.
  6. Borang pendaftaran yang telah lengkap di isi beserta dokumen yang berkaitan hendaklah di hantar terus ke Tabika KEMAS yang berdekatan.
  7. Pihak Jawatankuasa Pemilihan Tabika akan mengeluarkan surat jawapan Terima/Tolak kepada ibubapa/penjaga kanak-kanak yang terlibat.
  8. Surat pemberitahuan permohonan Terima/Tolak akan dikeluarkan selewat-lewatnya pada minggu kedua bulan November 2018.

Dokumen yang perlu di bawa semasa pendaftaran :-

  1. Salinan Sijil Kelahiran Kanak-kanak.
  2. Salinan kad pengenalan ibu dan bapa/penjaga.
  3. Slip gaji ibu dan bapa/penjaga.
  4. Dua (2) keping gambar kanak-kanak berukuran passport.
  5. Rekod kesihatan kanak-kanak.

(Bagi kanak-kanak yang ada masalah kesihatan)

BORANG PERMOHONAN TABIKA