Seminar Kebangsaan Pendidikan Awal Kanak-Kanak 2018 merupakan program yang julung kalinya diadakan oleh KEMAS bertemakan “Pendidikan Awal Kanak-kanak Alaf Baru”. Selain daripada pameran dan sesi forum, seminar ini melibatkan 46 set pembentangan kertas kerja dari pakar-pakar pendidikan awal kanak-kanak dari seluruh negara samaada pihak awam, swasta mahupun NGO.

Hasil daripada pembentangan kertas kerja ini akan diperhalusi serta akan dijadikan sebagai panduan dalam menambahbaik sistem pendidikan awal kanak-kanak di KEMAS khususnya dan di seluruh Negara amnya.