Pusat Masakan KEMAS dikendalikan oleh Pemaju Masyakat Masakan yang berkemahiran serta mempunyai Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) yang diiktiraf oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran.

Pengurusan harian, mingguan dan bulanan Pusat Masakan dilaksanakan dalam bentuk latihan, bengkel dan projek. Antara modul yang digunakan ialah Masakan Melayu, Masakan Barat, Masakan Timur, Pastri dan Bakeri, Kuih-muih Melayu, Pengurusan Penyajian Makanan dan Pemprosesan Makanan.

Sijil penyertaan akan diberikan kepada peserta yang telah mengikuti kelas dan memenuhi kurikulum yang ditetapkan.

  • Mendaftar terus di kelas-kelas kemahiran seperti Kelas Jahitan, Kelas Masakan Kelas Dandanan diri, Seni Tangan dan Komputer yang berdekatan ;
  • Yuran bulanan mengikut keputusan bersama Jawatankuasa Aktiviti Kelas ;
  • Sesi Kelas/kuliah : 8.00 pg- 5.00 petang (hari bekerja) ; dan
  • Kumpulan Sasar : Belia, Surirumah, Ibu Tunggal dan masyarakat setempat

Individu yang berminat mengikuti kelas-kelas ini boleh memperolehi maklumat di Pejabat KEMAS Negeri atau Daerah yang berhampiran.