PUSAT LITERASI KOMPUTER

Pelaksanaan Kelas Komputer beroperasi di premis KEMAS seperti di Pusat Kegiatan Masyarakat (PKM) dan Kompleks Pusat Sumber KEMAS. Setiap kelas disediakan dengan peralatan seperti komputer dan pencetak serta dikendalikan oleh Pemaju Masyarakat Komputer yang berkemahiran dan mempunyai Sijl Kemahiran Malaysia (SKM) yang diiktiraf oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK).

Pemaju Masyarakat ini mengajar mengikut modul/ kurikulum yang ditetapkan oleh KEMAS yang mengandungi komponen seperti asas Microsoft Word, Excel, Powerpoint, Multimedia dan kursus keusahawanan.

Sijil penyertaan akan diberikan kepada peserta yang telah mengikuti kelas dan memenuhi kurikulum yang ditetapkan

PERMOHONAN MENGIKUTI KELAS KOMPUTER KEMAS

  • Mendaftar terus di kelas-kelas kemahiran seperti Kelas Jahitan, Kelas Masakan Kelas Dandanan diri, Seni Tangan dan Komputer yang berdekatan ;
  • Yuran bulanan mengikut keputusan bersama Jawatankuasa Aktiviti Kelas ;
  • Sesi Kelas/kuliah : 8.00 pg- 5.00 petang (hari bekerja) ; dan
  • Kumpulan Sasar : Belia, Surirumah, Ibu Tunggal dan masyarakat setempat

Individu yang berminat mengikuti kelas-kelas ini boleh memperolehi maklumat di Pejabat KEMAS Negeri atau Daerah yang berhampiran.