Program/ Aktiviti yang ditawarkan di Kelas Kemahiran KEMAS

Kelas kemahiran KEMAS melibatkan  enam (6) bidang utama iaitu Masakan, Jahitan, Dandanan Diri, Pendidikan Kesejahteraan Keluarga, Seni Tangan dan Komputer yang dijalankan di Pusat Kegiatan Masyarakat KEMAS, Pusat Jahitan KEMAS, Pusat Masakan KEMAS, Premis Tabika KEMAS, Balairaya, Dewan Orang Ramai atau premis persendirian.

Permohonan Mengikuti Kelas Kemahiran KEMAS

  • Mendaftar terus di kelas-kelas kemahiran seperti Kelas Jahitan, Kelas Masakan, Kelas Dandanan diri, Seni Tangan dan Komputer yang berdekatan ;
  • Bayaran pendaftaran sebanyak RM10 ;
  • Yuran bulanan mengikut keputusan bersama Jawatankuasa Aktiviti Kelas ;
  • Sesi Kelas/kuliah : 8.00 pg- 5.00 petang (hari bekerja) ; dan
  • Kumpulan Sasar : Belia, Surirumah, Ibu Tunggal dan masyarakat setempat

Individu yang berminat mengikuti kelas-kelas ini boleh memperolehi maklumat di Pejabat KEMAS Negeri atau Daerah yang berhampiran.