1. Memastikan 60% kanak-kanakTabika KEMAS berusia 6 tahun dapat menguasai 4M (Membaca,    Menulis, Mengira dan Menaakul) di akhir sesi persekolahan.
  2. Mengurangkan masalah tumbesaran kanak-kanak Tabika KEMAS sebanyak 40% daripada jumlah  kanak-kanak yang bermasalah.
  3. Memproses kemasukan pelatih ke Pusat Bertauliah Kemahiran KEMAS dalam tempoh 3 bulan daripada tarikh permohonan ditutup.
  4. 80% peserta LEADS dapat menguasai 3M (Membaca, Menulis, Mengira) dalam tempoh 3 bulan.
  5. Memastikan bayaran bil dibuat tidak melebihi 14 hari dari tarikh penerimaan (bagi dokumen yang lengkap).
  6. Memastikan akuan penerimaan aduan dimaklumkan kepada pelanggan dalam tempoh 1 hari bekerja dan status tindakan dalam tempoh 5 hari bekerja.