Bahasa Melayu  |  English  |  Lain-Lain Teks Size alttext alttext alttext Warna default alttext alttext alttext Tema theme1 theme2 theme3 theme_default alttext
Hubungi Kami | Soalan Lazim | Pautan | Bantuan | Peta Laman  
Header

image

Pengenalan

Pendidikan Kemahiran dahulu disebut Kelas Latih Kerja (1971) adalah satu aktiviti pendidikan non-formal. Aktiviti ini bertujuan memberi kemahiran dalam pelbagai jurusan secara non-formal khususnya kepada masyarakat luar bandar untuk meningkatkan kualiti hidup dan memupuk budaya niaga.

Antara kemahiran yang diajar adalah seperti :

  1. Kraftangan buluh/tanduk
  2. Pertukangan labu tanah
  3. Anyaman pandan dan mengkuang
  4. Tenunan
  5. Jahitan
  6. Sulaman
  7. Tekat
  8. Kaitan
  9. Masakan

Objektif

 

  1. Memberi bimbingan dan kemahiran asas untuk membolehkan peserta-peserta memperluaskan dan mempertingkatkan lagi pengetahuan mereka dalam jurusan tertentu.
  2. Menggalakkan masyarakat berdikari dengan memanfaatkan kemahiran yang diperolehi untuk keluarga sendiri di samping menjimatkan perbelanjaan.
  3. Memberi peluang kepada peserta-peserta mendapat pekerjaan di bengkel-bengkel dan kilang-kilang.
  4. Menggalakkan peserta-peserta menjalankan perniagaan dengan menggunakan kemahiran yang telah diperolehi untuk membuka bengkel-bengkel jahitan, kraftangan dan lain-lain secara perseorangan atau berkumpulan bagi tujuan menambahkan pendapatan mereka.

Jawatankuasa

Peranan Jawatankuasa

  1. Membantu menjalankan aktiviti-aktiviti yang dirancang untuk peserta dan penduduk setempat.
  2. Membuat promosi bersama-sama Pemaju Masyarakat dalam menarik lebih ramai peserta ke kelas PK

Masyarakat

Pemaju Masyarakat

  1. Pemaju Masyarakat Pendidikan Kemahiran adalah terdiri dari kalangan mereka yang mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan
  2. Lulus Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) tahap 1 dan tahap 2 yang berkaitan.

Penglibatan Masyarakat

  1. Setiap kumpulan dikehendaki membentuk ahli jawatankuasa seramai 5 atau 7 orang yang terpilih dari kalangan masyarakat tempatan.
  2. Mesyuarat Jawatankuasa kumpulan hendaklah diadakan sekurang-kurangnya dua bulan sekali di mana Pemaju Masyarakat Pendidikan Kemahiran menjadi setiausaha manakala pengerusinya dipilih dari kalangan masyarakat.

Pelaksanaan

Pelaksanaan Aktiviti

Konsep
  1. Menyediakan latihan kemahiran dalam satu-satu jurusan kemahiran supaya masyarakat dapat menggunakan kemahiran tersebut untuk berdikari disamping memupuk budaya niaga.
  2. Bengkel merupakan satu tempat untuk menjalankan aktiviti-aktiviti Pendidikan Kemahiran secara teori dan amali dan terdapat tempat telah sedia ada alat-alat mengajar yang cukup dan perjalanannya merupakan “separa-commercial".
Pelaksanaan
  1. Pendidikan Kemahiran dijalankan dengan memberi bimbingan teori dan amali.
  2. Bilangan peserta dalam bengkel ialah 15 orang sekurang-kurangnya
  3. Tempat aktiviti dijalankan ditentukan oleh masyarakat seperti di Balairaya, Dewan Orang ramai atau Bengkel Khas.
  4. Disamping memberi bimbingan, peserta yang mahir digalakkan menjalankan perniagaan. Peralatan bengkel seperti perabut dan mesin jahit disediakan olah KEMAS

Aktiviti-aktiviti mengikut jurusan ini dijalankan berasaskan kepada pembelajaran :

  1. Teras
  2. Keusahawanan
  3. Ko-kurikulum
  4. Pembangunan Insan

  • Kesihatan
  • Kekeluargaan
  • Kesedaran Sivik
  • Kerohanian

Tarikh Akhir Dikemaskini : 03 Mac 2011
INFO KEMAS
  Profil
  Carta Organisasi
  Perutusan Ketua Pengarah
  Piagam Pelanggan
  Bahagian
  KEMAS Negeri
  ILK/PLK
PERKHIDMATAN
  TASKA
  TABIKA
  Pusat Sumber
E-PERKHIDMATAN
  Portal 3P
  Pembekal
  Sistem Aduan
   
    Intranet
  SPPA
  e-KEMAS
  e-TABIKA
  e-BPM
  e-INSAN
BERITA & PERISTIWA
  Berita
  Pengumuman
  Penerbitan
  Arkib
  Keratan Akhbar
GALERI
  Foto
  Video
  Audio
e-Perolehan Ideas myID MAMPU MSC Institut Integriti Malaysia (IIM) JPA myGOV KKLW
JAKOA RISDA INFRA FELCRA KEMAS KEDA KESEDAR KEJORA KETENGAH
MYHEALTH e-Perolehan Ideas myID MAMPU MSC Institut Integriti Malaysia (IIM) JPA myGOV

Hakcipta Terpelihara 2012 © Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS)

Sesuai dipapar menggunakan IE 7.0 & ke atas dan Mozilla Firefox 2.0 & ke atas dengan resolusi 1024 x 768

Tarikh Kemaskini : 17 Mei 2012, 10:24 AM
Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS)
Aras 5-9, No 47,
Persiaran Perdana, Presint 4
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62100 Putrajaya
Wilayah Persekutuan Putrajaya
Tel : 03-8891 2000 Fax : 03 - 8888 2312
info@kemas.gov.my
Web Design and Templete by OrenWerk.com