Navigation | | | Kandungan Jurnal Program Pendidikan Kesejahteraan Keluarga (PKK) telah bermula sejak tahun 1963 dengan nama Program/Kelas Ekonomi Rumah Tangga (ERT). Ia diletakkan di bawah Cawangan Pembangunan Keluarga sehingga tahun 1996. Selepas tahun 1996 program ini diletakkan di bawah Cawangan Pembangunan Manusia dan kini (2003) bawah Bahagian Pendidikan Masyarakat. Pendidikan Kesejahteraan Keluarga adalah satu aktiviti pendidikan non-formal yang bertujuan untuk meningkatkan mutu hidup keluarga ke arah mewujudkan masyarakat yang berkualiti. - Memberi pendedahan tentang peranan wanita dalam mengukuhkan institusi keluarga, masyarakat seterusnya membangunkan negara dalam bidang sosial, ekonomi dan politik berteraskan kehendak agama.
- Memberi pengetahuan dan kemahiran dalam pengurusan sumber keluarga untuk menambahkan pendapatan keluarga.
- Mengenalpasti dan mengguna kemudahan-kemudahan yang disediakan untuk kesejahteraan keluarga.
Peranan Jawatankuasa - Membantu menjalankan aktiviti-aktiviti yang dirancang untuk peserta dan penduduk setempat.
- Membuat promosi bersama-sama Pemaju Masyarakat dalam menarik lebih ramai peserta ke kelas PKK.
Pemaju Masyarakat Pemaju Masyarakat Pendidikan Kesejahteraan Keluarga terdiri dari mereka yang telah mengikuti kursus intensif pra-perkhidmatan dalam bidang ini selama 4 ½ bulan di Pusat–pusat Latihan KEMAS. Bidang latihan ialah :- - Aspek Kekeluargaan
- Aspek Kesihatan
- Pengurusan Sumber Keluarga
- Pendidikan Pengguna
- Peranan Wanita Dalam Pembangunan
- Hidup Bermasyarakat
Penglibatan Masyarakat - Setiap kumpulan dikehendaki membentuk ahli jawatankuasa seramai 5 atau 7 yang terpilih dari kalangan masyarakat tempatan.
- Mesyuarat Jawatankuasa kumpulan hendaklah diadakan sekurang-kurangnya dua bulan sekali di mana Pemaju Masyarakat PKK menjadi setiausaha, manakala pengerusinya dipilih dari kalangan masyarakat
Pelaksanaan Aktiviti - Dijalankan melalui bimbingan (teori & praktikal) dalam bentuk kumpulan.
- Setiap kumpulan/kelas mesti mewujudkan jawatankuasa bagi memantapkan lagi perjalanan kumpulan/kelas
- Bilangan peserta dalam satu kumpulan sekurang–kurangnya 15 orang.
- Setiap Pemaju Masyarakat PKK memberi bimbingan kepada 1 hingga 5 kumpulan
- Tempat pelaksanaan aktiviti ialah di bangunan KEMAS, bangunan awam seperti balairaya, dewan, surau dan sebagainya.Pada RMK 8 KEMAS telah mewujudkan Pusat Pendidikan Komuniti (PPK)
- Pihak KEMAS telah menyediakan peralatan-peralatan di kumpulan/kelas PKK seperti berikut :
- Perabot
- Peralatan Kelas
- Peralatan Am
- Peralatan Memasak
- Peralatan Menghidang
- Peralatan Kraf
Pemaju Masyarakat akan mengajar peserta-peserta kelas/kumpulan berdasarkan kurikulum PKK yang meliputi : - Kekeluargaan
- Konsep kekeluargaan.
- Konsep keibubapaan.
- Anak kecil, remaja dan bayi.
- Isu – isu semasa/khas.
- Kesihatan
- Dandanan diri dan kebersihan keluarga.
- Makanan dan pemakanan.
- Kebersihan alam sekeliling dan landskap.
- Kesihatan keluarga dan masyarakat.
- Masalah dan perkhidmatan kesihatan individudan masyarakat.
- Pengurusan Sumber
- Pengurusan sumber (masa dan tenaga) dalammpelaksanaan kerja di rumah.
- Pengursan kewangan keluarga.
- Pendidikan kepenggunaan.
- Institusi kewangan.
- Biro Bantuan Guaman
- Kesedaran Sivik
- Keselamatan dan kemalangan di rumah.
- Perlindungan kanak–kanak.
- Hak sebagai rakyat.
- Siasah
- Perlembagaan, kebudayaan dan sistem pentadbiran negara
. - Isu–isu semasa
- Biro Bantuan Guaman
- Kerohanan
- Ko-Kurikulum
- Pertandingan Jahitan,Masakan, Sulaman,Kraf, Rumah Sempurna
- Pameran dan demonstrasi
- Ceramah-ceramah
- Lawatan sambil belajar
Pelaksanaan aktiviti terbahagi kepada 2 fasa iaitu :
- Fasa I: Menekankan kepada pengetahuan dan kemahiran asas untuk keperluan diri sendiri, keluarga dan masyarakat.
- Fasa II: Menekankan kepada projek penambahan pendapatan (secara tetap dan komersil).
| | |