Bahasa Malaysia  |  English Hubungi Kami | Soalan Lazim | Pautan | Bantuan | Peta Laman  
Malaysia KEMAS
Menu

Kemas Negeri Sembilan

[Info] [Pengurusan] [Aktiviti] [Organisasi] [PKD] [PKM]

Info

 

Jabatan Kemajuan Masyarakat Negeri Sembilan
Tingkat 6, Wisma Persekutuan, Jalan Dato’ Abdul Kadir
70000 Seremban
Negeri Sembilan, MALAYSIA
Tel : 06 - 763 8114 Faks : 06 - 764 0844
Email:kemas_sembilan@kemas.gov.my

Objektif Kemas

Membangunkan masyarakat luar bandar agar berilmu dan berkemahiran, berdaya maju, berdaya saing serta memiliki nilai-nilai murni untuk mencapai pembangunan menyeluruh dan seimbang dalam menghadapi cabaran globalisasi.

Misi

  • Menyediakan perkhidmatan yang cemerlang melalui penggunaandan pengurusan sumber secara optima.
  • Memperkukuhkan sikap positif dan mengamalkan nilai-nilai murni di kalangan masyarakat luar bandar ke arah pembangunan yang seimbang.
  • Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran serta penguasaan teknologi supaya masyarakat luar bandar bijak menguruskan sumber ke tahap optima.
  • Menumpukan Pembangunan Manusia sebagai teras dalam Pembangunan Masyarakat Luar Bandar.
  • Memperlengkapkan minda melalui pendidikan dan kemahiran mengikut tuntutan semasa.
  • Penglibatan secara langsung dan bersepadu dengan lain-lain Agensi Kerajaan, Swasta, Institusi Masyarakat dan orang perseorangan dalam usaha membangun Masyarakat Luar Bandar.
  • Merangsang kumpulan sasar mencetus idea untuk merancang program-program pembangunan

Visi

Menjadikan KEMAS sebuah organisasi yang berwibawa dalam memajukan masyarakat luar bandar.

  • Memberi khidmat, kerjasama dan layanan yang mesra, cekap dan tepat mengikut kehendak dan keperluan pelanggan berasaskan kepada keupayaan yang sedia ada.
  • Menjawab semua surat permohonan program, perjawatan serta aduan dalam tempoh dua minggu selepas diterima.
  • Menentukan semua bil yang diterima disiapkan baucer dan dihantar ke Akauntan Negara dalam masa enam hari bekerja.
  • Membuat laporan bagu semua tuntutan-tuntutan yang teratur dalam tempoh dua minggu dalam tarikh diterima.
  • Menjelaskan bayaran kepada pembekal dan pemborong dalam tempoh 30 hari daripada tarikh tuntutan diterima.
  • Menjelaskan elaun bulanan Penyelia, PM dan PPM sebelum akhir tiap-tiap bulan.
  • Meningkatkan kualiti dan prestasi kerjaya kakitangan melalui kursus dan latihan dari semasa ke semasa.

Piagam Pelanggan

  1. Memberi perkhidmatan dan layanan serta maklumat yang tepat.
  2. Menyempurnakan segala tuntutan bayaran dalam tempoh yang ditetapkan dengan syarat ianya disertakan dengan dokumen yang lengkap.
  3. Memberi laporan kewangan ke Ibu Pejabat pada minggu pertama setiap bulan dan laporan siap selewat-lewatnya minggu ketiga bagi bulan Januari, April dan Oktober tahun berkenaan.
  4. Memastikan aktiviti KEMAS meneriama bekalan dan peralatan mengikut permohonan dan peruntukan yang diluluskan.
  5. Mewujudkan masyarakat yang bertakwa berteraskan keimanan sama ada dalam bidang rohani dan jasmani.
  6. Mempertingkatkan dan memberi pendidikan non-formal menyeluruh kepada kanak-kanak dengan menekankan prinsip 3M–Membaca, Menulis, Mengira.
  7. Menyediakan masyarakat yang berpengetahuan , berkemahiran dan bersikap positif untuk menerima perubahan.
  8. Mewujudkan masyarakat berkemahiran, berpotensi dan berpengetahuan dalam 4 bidang - Keluarga, Kesihatan, Pengurusan dan Sivik.
     
 
Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Jabatan Perkhidmatan Awam Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia ePerolehan Portal Kerajaan Malaysia Institut Intergriti Malaysia Koridor Raya Multimedia
MyIdeas MyID
 
     

 

Light ContrastMedium ContrastDark Contrast|Decrease FontReset FontIncrease Font|Red SchemeGreen SchemeBlue Scheme|W3C Disability Access
Carian
Kalendar
Statistik
Jumlah Pengunjung :
Tarikh Kemaskini :
Hakcipta Terpelihara 2010 © Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS).
Sesuai dipapar menggunakan IE 7.0 & ke atas dan Mozilla Firefox 2.0 & ke atas dengan resolusi 1024 x 768
Terma dan Syarat  |  Dasar Privasi |  Dasar Keselamatan |  Penafian

webmaster@kemas.gov.my
info@kemas.gov.my
RSS Feed

JABATAN KEMAJUAN MASYARAKAT (KEMAS)

Aras 2-3, Blok 1, Menara PJH, Presint 2
62100 Wilayah Persekutuan Putrajaya
MALAYSIA

Tel : 03-8889 7400
Fax : 03-88896458 / 6471