Program Mini Karnival Kesihatan anjuran KEMAS dengan kerjasama PUSPANITA KPLB ini merupakan program yang dilaksanakan setiap tahun. Melalui program ini peningkatan tahap kesedaran khususnya pada warga KPLB dan KEMAS mengenai kepentingan amalan gaya hidup sihat dititikberatkan dalam program ini.

Aktiviti Zumba, pemeriksanaan kesihatan Penyakit Tidak Berjangkit (NCD), pemeriksaan gigi semuanya percuma dan pelbagai aktiviti lain turut disediakan.

Jom meriahkan Mini Karnival Kesihatan Tahun 2018 Jumaat ini 30 November 2018 dari jam 7.30 pagi hingga 5.00 petang bertempat di Dewan Seri Lestari Aras B1, Kementerian Pembangunan Luar Bandar.

Pakai Baju Warna Ungu sebagai tanda sokongan anda!!!!!