Bahasa Malaysia  |  English Hubungi Kami | Soalan Lazim | Pautan | Bantuan | Peta Laman  
Malaysia KEMAS
Menu

Kemas Negeri Kedah

[Info] [Pengurusan] [Aktiviti] [Organisasi] [PKD] [PKM]

Info


Jabatan Kemajuan Masyarakat Kedah
Aras 2, Blok A, Wisma Persekutuan
06550 Bandar Muadzam, Alor Setar
Kedah, MALAYSIA
Tel:  04 - 732 2966 / 6891   Faks :  04 - 732 4075
Email:kemas_kedah@kemas.gov.my

Latar Belakang

Pejabat Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) Negeri Kedah telah dibuka sekitar tahun 1961 yang ketika itu terletak di Blok B Bangunan Wisma Negeri. Pada era 60-an ini Ketua Jabatan tidak dikenali sebagai Pengarah tetapi dikenali sebagai Pengelola. Ketika itu hanya terdapat seorang Pengelola dan dibantu oleh hanya 7 orang kakitangan. Selepas itu, berpindah ke Bangunan Wan Mat Saman pada tahun 1966. Pada tahun 1970 pejabat KEMAS bertukar pula ke Bangunan SUK dan berlaku sedikit penambahan kakitangan iaitu sekitar 11 orang. Kemudian, pada tahun 1978, pejabat KEMAS Negeri Kedah telah berpindah ke Bangunan Wisma Persekutuan sehingga sekarang.

Pejabat KEMAS Negeri di Wisma Persekutuan ini begitu mudah dihubungi kerana lokasinya begitu strategik, iaitu terletak berhampiran pusat bandaraya Alor Star. Jirannya yang paling hampir adalah Menara Telekomunikasi Alor Star yang tersohor dan menjadi mercutanda Bandaraya Alor Star. Selain daripada itu, bangunan Wisma Persekutuan ini juga dikelilingi dengan kawasan istana, institusi pengajian tinggi, sekolah, pusat membeli-belah dan pejabat-pejabat kerajaan dan swasta yang lain.

Pengarah KEMAS Kedah :

 

BILNAMA
1.En. Arshad
2.En. Abd. Samad bin Abd. Rahman
3.Tuan Hj. Abd. Hamid bin Tahir
4.En. Sharef bin Mahmud
5.En. Ramli bin Taib
6.Tuan Hj. Kamaruddin bin Mat Tanda
7.Dato' Shuib bin Endut
8.En. Ghozali bin Ibrahim
9.En. Aliuddin bin Mohd Soufi
10.En. Mohamad bin Omar
11.Tuan Hj Amiruddin bin Ariffin
12.En. Che Kamaruddin bin Che Ismail
13.En. Mohd Adnan bin Md Daud (sekarang)

Piagam Pelanggan

  1. Memberi khidmat kerjasama dan layanan mesra mengikut kehendak dan keperluan pelanggan berasaskan kepada keupayaan sedia ada.
  2. Menjelaskan elaun Penyelia dan Pemaju Masyarakat mengikut tarikh yang ditetapkan oleh Akauntan Negara.
  3. Menjawab surat permohonan aduan dalam tempoh 2 minggu dari tarikh surat diterima.
  4. Menentukan semua bil yang diterima disiapkan baucer dan dihantar ke Akauntan Negara dalam masa 2 minggu.
  5. Memastikan barang-barang dalam setor disimpan dengan selamat, diurus dengan sistematik dan dihantar kepada sasaran/pelanggan dalam tempoh 10 hari bekerja dari tarikh pembelian.
  6. Meningkatkan perkembangan fizikal, emosi, sosial, mental dan rohani kanak-kanak yang seimbang dan bersepadu dan memastikan 80% kanak-kanak mendapat kemahiran asas membaca, menulis dan mengira setelah menamatkan pendidikan di TABIKA KEMAS.
  7. Memastikan semangat budaya niaga serta mampu berdikari dikalangan peserta-peserta yang mengikuti Kelas Pendidikan Kemahiran selama 2 hingga 3 tahun.
  8. Meningkatkan kualiti hidup dan kesejahteraan keluarga kepada peserta-peserta setelah mengikuti sepenuhnya aktiviti-aktiviti Pendidikan Kesejahteraan Keluarga selama 2 tahun.
  9. Memberi perkhidmatan yang cekap dan menyediakan bahan bacaan dan rujukan yang sesuai untuk masyarakat secara berterusan bagi mengujudkan masyarakat yang bermaklumat melalui Perpustakaan Masyarakat.
  10. Membantu golongan termiskin meningkatkan kualiti hidup setelah menyertai program membantu golongan termiskin.
  11. Memastikan program Gerakan Daya Wawasan mencapai matlumat penujudannya mengikut kampung-kampung yang terpilih.
  12. Memastikan kesedaran terhadap peranan dan tanggungjawab ibu bapa dalam mendidik anak dapat diterapkan dalam masyarakat terutamannya kepada ibu bapa yang menjadi kumpulan sasaran Jabatan.

 

     
 
Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Jabatan Perkhidmatan Awam Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia ePerolehan Portal Kerajaan Malaysia Institut Intergriti Malaysia Koridor Raya Multimedia
MyIdeas MyID
 
     

 

Light ContrastMedium ContrastDark Contrast|Decrease FontReset FontIncrease Font|Red SchemeGreen SchemeBlue Scheme|W3C Disability Access
Carian
Kalendar
Statistik
Jumlah Pengunjung :
Tarikh Kemaskini :
Hakcipta Terpelihara 2010 © Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS).
Sesuai dipapar menggunakan IE 7.0 & ke atas dan Mozilla Firefox 2.0 & ke atas dengan resolusi 1024 x 768
Terma dan Syarat  |  Dasar Privasi |  Dasar Keselamatan |  Penafian

webmaster@kemas.gov.my
info@kemas.gov.my
RSS Feed

JABATAN KEMAJUAN MASYARAKAT (KEMAS)

Aras 2-3, Blok 1, Menara PJH, Presint 2
62100 Wilayah Persekutuan Putrajaya
MALAYSIA

Tel : 03-8889 7400
Fax : 03-88896458 / 6471