Bahasa Melayu  |  English  |  Lain-Lain Teks Size alttext alttext alttext Warna default alttext alttext alttext Tema theme1 theme2 theme3 theme_default alttext
Hubungi Kami | Soalan Lazim | Pautan | Bantuan | Peta Laman  
Header

Info

Encik Azeman Bin Yusof
Pengarah KEMAS Negeri Johor

JABATAN KEMAJUAN MASYARAKAT (KEMAS) NEGERI JOHOR
Tingkat 5, Blok A, Wisma Persekutuan,
Jalan Air Molek
80000 Johor Bahru
Johor Darul Takzim

Tel: 07 - 227 8941
Faks: 07 - 222 3981

Emel: kemas_johor@kemas.gov.my

Matlamat
Matlamat KEMAS Negeri Johor sangat unggul dalam pencapaian dan cita-cita iaitu:-
“Untuk memajukan Sosio - Ekonomi Individu yang menjadi anggota masyarakat dan masyarakat pada keseluruhan”

Objektif

  1. Mengubah sikap dan menyemaikan kesedaran dikalangan masyarakat untuk membina satu masyarakat yang maju dan berdikari.
  2. Mengujudkan minat, inisiatif dan rasa tanggungjawab setiap anggota masyarakat dalam pembangunan sosial ekonomi dan politik.
  3. Melibatkan rakyat turut serta secara aktif menjayakan matlamat kerajaan dan Negara.
  4. Mengeratkan kerjasama dikalangan rakyat dan diantara rakyat dengan kerajaan.


Berasaskan matlamat dan objektif di atas KEMAS boleh disimpulkan sebagai “Nadi Penggerak” dan “Pendorong” masyarakat kearah Kemajuan. KEMAS memainkan peranan menyediakan suasana dan memberi kesedaran kepada masyarakat supaya berubah sikap, bersemangat berdikari, cenderong kepada kemajuan dan melibatkan diri dengan menyertai secara aktif dalam semua rancangan Kerajaan. Disamping itu, KEMAS juga membantu dan bekerjasama dengan lain-lain agensi Kerajaan dalam membangunkan sosio ekonomi penduduk luar Bandar.

Strategi Pelaksanaan

Dalam melaksanakan matlamat dan tujuan yang ditetapkan, KEMAS Negeri Johor mengatur strategi pelaksanaan berasaskan kepada konsep dan prinsip pembangunan masyarakat dan Pembangunan Insan iaitu menitik beratkan kepada usaha-usaha penglibatan dan penyertaan aktif masyarakat sebagai contoh didalam Gerakan Desa Wawasan dimana AJKK Kampung yang telah dipilih akan berusaha menjadikan kampong mereka “Maju, Menarik dan Menguntungkan”. Segala usaha-usaha KEMAS Negeri Johor adalah dibuat berasaskan kepada cirri-ciri Kehendak, Keperluan dan Keupayaan masyarakat itu sendiri.
Tiga strategi utama digunakan ialah:

  1. Menyediakan suasana dan pemikiran masyarakat melalui proses memberi kesedaran dan menimbulkan minat supaya bersedia menerima dan menggunakan kemudahan yang disediakan oleh Kerajaan. Proses ini akan memudahkan agensi-agensi pembangunan (Extension Service) masuk membawa projek-projek tertentu dan akan mendapat penerimaan sokongan dan penyertaan masyarakat dengan lebih baik dan berkesan.
  2. Menggalakkan perkembangan Dayausaha masyarakat (Developing the Inisiative of The Community) melalui usaha untuk memperkembangkan potensi dan penggunanya diperingkat optimum untuk keperluan diri sendiRi.
  3. Membantu dan bekerjasama dengan lain-lain Jabatandan Agensi Kerajaan di atas usaha dan khidmat memajukan masyarakat.


Ke Arah Membina Masyarakat Cemerlang, Gemilang dan Terbilang

Setiap pemimpin mempunyai cita-cita dan harapan supaya masyarakat yang dipimpin itu menjadi masyarakat yang sentiasa berusaha untuk menuju kepada kecemerlangan hidup didunia dan akhirat KEMAS Negeri Johor sebagai agen perubahan minda masyarakat luar bandar mempunyai cita-cita yang sama dengan harapan disatu hari nanti segala impian dan cita-cita itu akan menjadi kenyataan. Ciri-ciri kecemerlangan yang ada pada masyarakat idaman KEMAS Negeri Johor adalah seperti berikut:

  1. Mengamalkan nilai-nilai Islam
  2. Menghayati ciri-ciri Rukun Islam
  3. Serba boleh
  4. Berdisiplin dan bersopan santun
  5. Berinisiatif dan berdikari
  6. Mempunyai pemikiran yang ke hadapan, terbuka, kreatif dan berfikir dengan pemikiran yang luas
  7. Sihat dan mengambil berat tentang kesihatan diri dan alam
  8. Bertanggungjawab dan menjaga keselamatan sesama sendiri
  9. Positif kepada sikap budaya niaga dan budaya tani
  10. Menghayati dan mengamalkan Rukun Negara
  11. Mengenang jasa pemimpin yang lalu, menghargai sejarah-sejarah dan mencetuskan citarasa yang tinggi
  12. Sanggup berkorban apa saja demi Agama, Bangsa dan Negara
  13. Boleh membawa segala keindahan dan keharmonian di kampung
  14. Mengambil berat tentang perpaduan
  15. Tahu mentadbir dan menggunakan masa dan produktif
  16. Berwibawa dalam menghayati nilai perhubungan dan kepimpinan Islam


Pencapaian Dan Kejayaan

Gerakan Daya Wawasan

  1. Kg. Parit Tengah,Rengit - Johan Pertandingan 3K KPLB Peringkat Kebangsaan Tahun 1997
  2. Kg. Felda Semenchu Kota Tinggi - Tempat ke 3 Pertandingan 3K KPLB Peringkat Kebangsaan Tahun 1999
  3. Kg. Melayu Raya Potian - Tempat ke 3 Pertandingan Desa Cemerlang KPLB Peringkat Kebangsaan Tahun 2002
  4. Kg. Parit Tengah, Sri Gading - Johan Pertandingan Ilham Desa Konvensyen GDayaW Zon Peringkat Timur/Selatan Tahun 2003
  5. Kg. Parit Tengah, Sri Gading - Naib Johan Pertandingan Ilham Desa Konvensyen GDayaW Peringkat Kebangsaan Tahun 2004

TABIKA

  1. TABIKA Sri Medan - Johan Pertandingan 3K TABIKA KEMAS Peringkat Kebangsaan Tahun 2003
  2. Festival Zapin KEMAS - Penyertaan oleh kanak-kanak Negeri Johor 2003 seramai 5000 orang juga tercatat dalam Malaysia Books Of Records.
  3. Silat Gerak 21 Kesuma - Diberi penghormatan untuk mengadakan persembahan Sempena Lawatan oleh Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Banginda Yang DiPertuan Agong ke Kementerian Pembangunan Luar Bandar pada tahun 2003. Diberi penghormatan sekali lagi untuk mengadakan persembahan sempena Pelancaran Gerakan Daya Wawasan Peringkat Kebangsaan oleh YAB. Perdana Menteri Melaysia di Stadium Putra, Bukit Jalil pada tahun 2003.

Penutup

Pembangunan Masyarakat adalah ciri terpenting dalam Pembangunan Negara kerana Pembangunan itu sendiri bergantung kepada dua bidang iaitu:-

  1. Pembangunan fizikal satu kebendaan
  2. Pembangunan Kemanusiaan atau Pembangunan Insan

Harus disedari bahawa Pembangunan Masyarakat bukanlah satu cara bagi melaksanakan Pembangunan Ekonomi dan Sosial dengan cara murah dan kejayaannya pula tidak boleh di ukur dengan mencampurkan segala projek-projek kebendaan yang telah selesai di bina atau dilaksanakan bagi mencapai matlamat sosio-politik.
Kejayaan muktamat bagi Pembangunan Masyarakat bukanlah diukur dengan banyaknya jumlah masjid, jalan, jambaran, sekolah yang dibina tetapi adalah keadaan suasana masyarakat yang stabil, berdikari, progresif dan bertanggungjawab terhadap agama, bangsa dan Negara.
Sebagai anggota agensi pembangunan, Kemajuan Masyarakat (KEMAS) peluang untuk berfikir, merancang, melaksana dan menilai aktiviti memajukan masyarakat dari aspek sikap, ekonomi, social dan politik sangatlah luas. Konsep “Kecemerlangan” dalam kehidupan masyarakat tidak di lihat daripada sudut sosio budaya, bahasa, etika kerja dan segala penerapan nilai-nilai tinggi yang universal berasaskan nilai Islam.

 

Pejabat KEMAS Daerah

Bil Pejabat KEMAS Daerah Pegawai KEMAS Daerah Alamat No. Telefon & Faksimili

1

SEGAMAT

ALUS BIN KASSIM (MEMANGKU)

PEJABAT KEMAS KAWASAN SEGAMAT KM. 2, JLN. MUAR
85000 SEGAMAT
JOHOR

TEL:    07-931 0076

2

MUAR

ZAITON BINTI ISMAIL (MEMANGKU)

PEJABAT KEMAS DAERAH MUAR TINGKAT 1 & 2,
LOT 317 & 1107 JALAN KHALIDI,
 84000 MUAR
JOHOR

TEL:   06-952 2063

3

TANGKAK

KAMSIAH BINTI DAROS (MEMANGKU)

PEJABAT KEMAS DAERAH TANGKAK
KM 43 JALAN SAGIL- TANGKAK,
84020 SAGIL,
JOHOR

TEL : 06-977 2250 FAX: 06-977 2249

4

BATU PAHAT

SITI ZAKIAH BINTI KAYIN

PEJABAT KEMAS DAERAH BATU PAHAT NO 9, JALAN ZABEDAH,
TINGKAT 5, SUITE 2, WISMA SING LONG 83000 BATU PAHAT,
 JOHOR

TEL: 07-434 2443
FAX: 07-432 1233

5

KLUANG

HJ LATIF BIN MOHD SAID (MEMANGKU)

PEJABAT KEMAS DAERAH KLUANG JALAN HOSPITAL
86000 KLUANG
JOHOR

TEL : 07-771 1428
FAX: 07-771 1428

6

MERSING

NORLIAN BINTI MOKHTAR

PEJABAT KEMAS DAERAH MERSING
JKR 241, JALAN IBRAHIM
86800 MERSING
JOHOR

TEL:  07-799 4812
FAX: 07-799 4812

7

KOTA TINGGI

MARIANI BT JAMALUDIN

PEJABAT KEMAS DAERAH KOTA TINGGI ARAS 3, BANGUNAN SULTAN ISKANDAR JALAN KOLAM AIR
81900 KOTA TINGGI
JOHOR

TEL :07-883 1009
FAX: 07-883 1009

8

JOHOR BAHRU

MUSTAFA BIN MOHD NOOR

PEJABAT KEMAS DAERAH JOHOR BAHRU,
TINGKAT 10, WISMA TABUNG HAJI JALAN AYER MOLEK
80000 JOHOR BAHRU
JOHOR

TEL : 07-227 9516
FAX: 07-227 9214

9

KULAI JAYA

HJ LUKMAN BIN NORDIN

PEJABAT KEMAS DAERAH KULAI JAYA JALAN PERSIARAN SRI PUTERI 3
TAMAN PUTERI
81000 KULAI JAYA
JOHOR

TEL :07-662 5453 FAX: 07-662 5389

10

PONTIAN

ZAITON BT MUSALLY (MEMANGKU)

PEJABAT KEMAS DAERAH PONTIAN JALAN DATO’ ALI
82000 PONTIAN
JOHOR

TEL: 07-687 2872
FAX: 07-687 2872

INFO KEMAS
  Profil
  Carta Organisasi
  Perutusan Ketua Pengarah
  Piagam Pelanggan
  Bahagian
  KEMAS Negeri
  ILK/PLK
PERKHIDMATAN
  TASKA
  TABIKA
  Pusat Sumber
E-PERKHIDMATAN
  Portal 3P
  Pembekal
  Sistem Aduan
   
    Intranet
  SPPA
  e-KEMAS
  e-TABIKA
  e-BPM
  e-INSAN
BERITA & PERISTIWA
  Berita
  Pengumuman
  Penerbitan
  Arkib
  Keratan Akhbar
GALERI
  Foto
  Video
  Audio
e-Perolehan Ideas myID MAMPU MSC Institut Integriti Malaysia (IIM) JPA myGOV KKLW
JAKOA RISDA INFRA FELCRA KEMAS KEDA KESEDAR KEJORA KETENGAH
MYHEALTH e-Perolehan Ideas myID MAMPU MSC Institut Integriti Malaysia (IIM) JPA myGOV

Hakcipta Terpelihara 2012 © Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS)

Sesuai dipapar menggunakan IE 7.0 & ke atas dan Mozilla Firefox 2.0 & ke atas dengan resolusi 1024 x 768

Tarikh Kemaskini : 31 Januari 2012, 05:34 PM

Jabatan Kemajuan Masyarakat(KEMAS)

Aras 5-9, No 47,
Persiaran Perdana, Presint 4
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62100 Putrajaya
Wilayah Persekutuan Putrajaya
Tel : 03-8891 2000 Fax : 03 - 8888 2312
Web Design and Templete by OrenWerk.com