Direktori | Webmel Staf etika4 facebookutube2rss mobile small
Color Color Color
Bahasa Lain
A- A A+
1akses

Taman Asuhan Kanak-Kanak (TASKA)

Pengenalan
 

imageProgram pengasuhan kanak-kanak KEMAS atau dikenali dengan nama Taman Asuhan Kanak-Kanak (TASKA) adalah selaras dengan Falsafah Baru Pembangunan Luar Bandar. Program ini memberi perkhidmatan kepada masyarakat luar bandar, bandar dan pinggir bandar bagi golongan berpendapatan rendah dan miskin.

Perkhidmatan TASKA termasuk di bawah Program Kesejahteraan Rakyat (PKR) atau Progrm Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT), Kementerian Pembangunan Luar Bandar. Tujuannya untuk memberi peluang kepada ibu-ibu bergiat di bidang ekonomi bagi meningkatkan taraf hidup keluarga. Di samping itu juga melalui TASKA, program pendidikan keibubapaan dapat dilaksanakan untuk ibu bapa dan masyarakat.

 

 

 

 

Objektif
 
  1. Menyediakan kemudahan dan perkhidmatan pengasuhan kanak-kanak dalam suasana yang selamat, ceria dan selesa.ru 03.1
  2. Menggalakkan pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak yang menyeluruh, seimbang dan bersepadu
  3. Menyediakan makanan seimbang dan berkhasiat bagi membantu pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak serta mengamalkan gaya hidup sihat.
  4. Menerapkan nilai-nilai murni supaya kanak-kanak dapat menghayati dan mengamalkannya sejak kecil
  5. Menggalakkan kecerdasan dan kemahiran fizikal serta amalan kesihatan, kebersihan dan keselamatan yang baik melalui aktiviti fizikal.

 

 

 

Pentadbiran
 

Pengasuh TASKA

Bertanggungjawab dalam pengasuhan, menjaga keperluan asas, kebersihan, perhubungan yang sihat, menyediakan persekitaran dan merangsang perkembangan kanak-kanak di samping dengan ibu bapa.

Jawatankuasa TASKA

Pemilihan dari kalangan ibu bapa, pemimpin dan masyarakat setempat. Jawatankuasa bertanggungjawab dalam pengurusan atau pentadbiran TASKA, Aktiviti Kokurikulum dan Aktiviti Penglibatan Masyarakat.

 

Pengasuhan
 

Tempoh Masa Pengasuhan

Tempoh masa pengasuhan sehari di TASKA ialah jam 7.30 pagi hingga 5.00 petang berjumlah 6 hari seminggu. Terdapat juga perkhidmatan TASKA, terutamanya di luar bandar beroperasi separuh hari dari jam 7.30 pagi hingga 1.00 tengahari sahaja yang berjumlah 5 hari seminggu.

Ahli Jawatankuasa TASKA bertanggungjawab menetapkan tempoh masa ini mengikut kesesuaian waktu bekerja ibu bapa dan masyarakat setempat.

 

Kurikulum
 

TASKA KEMAS menggunakan Modul Asuhan Kanak-Kanak, Jabatan Kebajikan Masyarakat yang diintegrasikan dengan Kurikulum Prasekolah Kebangsaan, Kementerian Pendidikan Malaysia. Aktiviti dilaksanakan mengikut kebolehan, minat dan peringkat umur kanak-kanak 2 hingga 4 tahun.

Komponen pembelajaran dilaksanakan secara bersepadu seperti berikut:61399031910 295x200

  1. Bahasa dan Komunikasi
  2. Pendidikan Kerohanian dan Moral
  3. Perkembangan Kognitif
  4. Perkembangan Sosioemosi
  5. Perkembagan Fizikal
  6. Kreativiti dan Estetika

 

 

 

Yuran
 

Yuran Bulanan

  1. Yuran bulanan TASKA ditetapkan oleh Jawatankuasa TASKA mengikut kemampuan ibu bapa dan masyarakat setempat.
  2. Yuran bulanan minimum RM 30.00 dan maksimum RM 180.00 untuk perkhidmatan seharian dari jam 7.30 pagi–5.00 petang dan 6 hari seminggu.
  3. Yuran bulanan minimum RM 10.00 untuk perkhidmatan separuh hari dari jam 7.30 pagi–1.00 tengahari dan 5 hari seminggu.

 

Perlaksanaan
 

Kumpulan Sasar, Kanak-kanak berumur 2 hingga 4 tahun.

Konsep

  1. Pelaksanaan Program TASKA berkonsepkan ‘Kasih Sayang, Kemesraan dan Galakan'.
  2. Melalui program ini kanak-kanak diasuh di tempat dan persekitaran yang selamat, penuh kasih sayang dan galakan yang dapat membantu perkembangan kanak-kanak yang sempurna.

Strategi

  1. Diwujudkan di kawasan luar bandar, bandar dan pinggir bandar bagi golongan berpendapatan rendah dan miskin.
  2. Membina bangunan TASKA yang diselarakan oleh Bahagian Pembasmian Kemiskinan, Kementerian Pembangunan Luar Bandar dengan kerjasama KEMAS.
  3. KEMAS melatih dua (2) orang Pengasuh bagi setiap TASKA terdiri dari masyarakat setempat di institusi latihan KEMAS.
  4. Penyeliaan teknikal dan ikhtisas oleh Penyelia Prasekolah di peringkat Parlimen.
  5. Ahli Jawatankuasa yang dilantik dari kalangan ibu bapa dan masyarakat setempat bertanggungjawab dalam TASKA.

Program-program KEMAS

gambar

Pendidikan Kemahiran

.    UNIT PENDIDIKAN KEMAHIRAN ...

Lihat Sepenuhnya
gambar

Pembangunan Komuniti

    SEKSYEN KESEJAHTERAAN DESA ...

Lihat Sepenuhnya
gambar

Pendidikan Awal Kanak-Kanak

TABIKA & TASKA Bertanggungjawab ke atas pelaksanaan pend...

Lihat Sepenuhnya