Info Terkini:
Tiada berita terkini buat masa ini

Pusat Sumber

Pengenalan

 

Pusat Sumber ditubuhkan pada tahun 1971 dan dikenali sebagai KUTUB KHANAH DESA yang kemudiannya dinaik taraf menjadi PERPUSTAKAAN MASYARAKAT. Pada awal tahun 1990 perpustakaan masyarakat di tukarkan kepada PUSAT SUMBER. Pelbagai bahan bacaan disediakan termasuk alat pandang dengar, ruangan bacaan kanak-kanak, sudut permainan dalaman, peralatan komputer dan lain-lain lagi.

Di peringkat awal Khutub Khanah Desa berfungsi sebagai melanjutkan usaha-usaha memastikan masyarakat yang mula kenal huruf atau ‘neo literates’ tidak kembali menjadi buta huruf . Kini Pusat Sumber berperanan memastikan masyarakat luar bandar mendapat kemudahan membaca bagi menambahkan ilmu pengetahuan serta bermaklumat dalam menjalani kerja seharian mereka.

 

Objektif

 

  1. Menyediakan bahan bacaan dan rujukan untuk kemudahan masyarakat setempat.
  2. Bertanggungjawab mendidik serta membudayakan masyarakat tentang perkembangan teknologi maklumat
  3. Menyediakan perkhidmatan yang bercorak aktiviti ko-kurikulum demi untuk mendapatkan penglibatan masyarakat secara bersama.
  4. Menggiatkan galakan membaca supaya dijadikan amalan dan budaya mengisi masa lapang disamping menghindari gejala lepak.
  5. Menjadikan Pusat Sumber sebagai pemangkin perubahan minda serta menaikkan taraf ekonomi masyarakat luar bandar secara tidak langsung.

 

Jawatankuasa

 

Peranan Jawatankuasa

  1. Membantu menjalankan aktiviti-aktiviti yang dirancang untuk pengguna dan penduduk setempat.
  2. Membuat promosi bersama-sama Pemaju Masyarakat dalam menarik lebih ramai pengunjung ke Pusat-pusat Sumber KEMAS.

 

Masyarakat

 

Pemaju Masyarakat

  1. Pemaju Masyarakat-mengendalikan urusan peminjaman buku, memulihara, menyusun, mengelas buku dan menyimpan daftar buku.
  2. Kelulusan minima ialah Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

 

Pelaksanaan

 

Pelaksanaan Aktiviti

Perkhidmatan

  1. Pinjaman dan pemulangan buku / bahan bacaan serta rujukan
  2. Perkhidmatan kesedaran semasa
  3. Kemudahan penggunaan komputer, internet
  4. Aktiviti Ko-kurikulum seperti galakan membaca, kelas bimbingan, mainan pembelanjaran, aktiviti kebudayaan, pertandingan pidato, sajak, bercerita, 'puppet show', menulis esei dan sebagainya
  5. Kelas Fardhu Ain

Pengurusan

  1. Setiap Pusat Sumber mempunyai Jawatankuasa yang dilantik oleh masyarakat setempat bagi menguruskan pelaksanaan dan kewangan Pusat Sumber
  2. Jawatankuasa terdiri daripada Pemaju Masyarakat KEMAS sebagai Bendahari/Setiausaha dan sekurang-kurangnya 7 orang Ahli Jawatankuasa yang terdiri daripada masyarakat setempat.

 

Pusat Lokasi Pusat Sumber

 

  1. kedah
  2. Kelantan
  3. Melaka
  4. Negeri Sembilan
  5. Pulau Pinang
  6. Pahang
  7. Perak
  8. Perlis
  9. Sabah
  10. Selangor
  11. Terengganu
  12. Kuala Lumpur

Kedah

Kelantan

Tiada berita terkini buat masa ini.

Lihat Sepenuhnya...

Melaka

Perak

Perlis

Sabah

Bil. Tajuk Tarikh Sumber
1  Tabika Kemas Miliki Kualiti Tinggi   21/09/2016  Kosmo
2  RM2.56 Juta Sumbangan CSR Pembaikan Tabika KEMAS   09/09/2016  Berita Harian 
3  Transformasi TABIKA KEMAS   08/09/2016  Harian Metro 
4  Transformasi TABIKA KEMAS  06/08/2016  Utusan Malaysia 
5  Tabika Kemas dapat sambutan, sokongan ibu bapa  06/08/2016  Utusan Malaysia 
6  Perhimpunan Perdana KEMAS  03/06/2016  Utusan Malaysia 
7  "Stay relevant, PM Tells Kemas"  03/06/2016  Prime News 
8  Penyelia KEMAS naik gred  03/06/2016  Berita Harian
9  Gaji Kemas dirombak  03/06/2016  Utusan Malaysia
10  Jangan Gadai Maruah  31/03/2016  Utusan Malaysia 
11  Bomba selamatkan jari kanak-kanak tersekat cincin  03/03/2016  Utusan Malaysia 
12  Tabika Interaktif  10/02/2016  Harian Metro 
13  Minat bimbing si kecil  08/02/2016  Harian Metro
14  'Saya Mahu Jadi Jururawat'Kanak-kanak orang asli teruja belajar di tadika   07/02/2016  Metro Ahad

Selangor

next
prev

Program-program KEMAS

gambar

Pendidikan Awal Kanak-Kanak

TABIKA & TASKA Bertanggungjawab ke atas pelaksanaan pend...

Lihat Sepenuhnya
gambar

Pendidikan Kemahiran

     UNIT PENDIDIKAN KEMAHIRAN &nbs...

Lihat Sepenuhnya
gambar

Pembangunan Komuniti

    SEKSYEN KESEJAHTERAAN DESA ...

Lihat Sepenuhnya
gambar

Latihan dan Pembangunan Profesional

     KURSUS SIJIL PENDIDIKAN AWAL KANAK-KA...

Lihat Sepenuhnya