Direktori | Webmel Staf etika4  facebook utube2 rss  mobile small
Color Color Color
A- A A+
1akses
Info Terkini:
Tiada berita terkini buat masa ini

PLK Melaka

Mel-PintuDepan 

Pusat Latihan KEMAS Melaka, Jalan Melor, Bukit Baru, 75150 Melaka
No. Tel : (06)- 282 4514 / No. Faks : (06)- 281 6827
(Pengetua : Encik Saharudin bin Sani)

Pengenalan

Pusat Latihan KEMAS Melaka dibina pada tahun 1961 di atas tanah seluas 3 ekar 2 kaki. Ianya telah dirasmikan pada 15 Jun 1963 oleh Tun Abdul Ghafar bin Baba iaitu Ketua Menteri Melaka ketika itu. Pusat Latihan KEMAS Melaka asalnya dikenali dengan nama Taman Asuhan RIDA dibawah Kementerian Pertanian dan Pembangunan Luar Bandar.

Pusat ini terletak di kawasan perumahan sederhana yang boleh dihubungi dalam jarak 6 km dari Pusat Bandar. Perjalanan dari Pusat Bandar mengambil masa lebih kurang 10 -15 minit menggunakan kenderaan awam. Pusat ini berfungsi sebagai Institusi Latihan yang menjalankan latihan pra perkhidmatan dan dalam perkhidmatan dan secara langsung diletakkan di bawah pentadbiran bahagian Latihan dan Kemajuan Kerjaya Ibu Pejabat KEMAS Putrajaya.

Tenaga pekerja terdiri seramai 22 orang, seorang pengetua dua orang Pembantu Tadbir, lima orang Pembantu Pembangunan Masyarakat (Jurulatih), seorang Pembantu Tadbir Rendah, seorang Pembantu Aam Rendah, seorang Penyelia Asrama Rendah, tiga orang Tukang Masak, dua orang Jaga, dua orang Tukan Kebun dan dua orang Pemaju Masyarakat Khas iaitu Pemaju Masyarakat Pusat Sumber dan Pembantu Tukang Masak.

Objektif
  1. Memberi Latihan pra perkhidmatan kepada bakal Pemaju Masyarakat TABIKA, TASKA dan PKK
  2. Memberi Latihan dalam perkhidmatan kepada anggota KEMAS bagi meningkatkan mutu kerja
  3. Menggunakan kemudahan yang sediada untuk kakitangan, pihak KEMAS dan lain-lain Agensi.
Lokasi

** Sila klik gambar untuk lihat lebih jelas.
peta lokasi ilk kl

Carta Organisasi

** Sila klik gambar untuk lihat lebih jelas.
Carta Organisasi PLK Melaka

Kemudahan
KemudahanKuantitiKapasitiKadar Sewaan

KB-DewanBesar

DEWAN BESAR

1

300orang

RM20.00 sejam
RM200.00 sehari
(Tanpa kemudahan)

KB-DewanKuliah

BILIK/DEWAN KULIAH

1 40orang RM 30.00 sehari

(Dengan kemudahan)

KB-Asrama

ASRAMA

3 blok

Blok B

Blok G

Blok H

 

6Bilik-10org

1Bilik-10org

1Bilik-10org

RM 10.00 / hari / dengan kemudahan

KB-BilikTamu

BILIK TETAMU 

 2Bilik 3orang  RM 30.00 sehari / seorang/ dengan kemudahan

KB-BilikTamu2

BILIK TAMU

 3Bilik 7orang 

RM 100.00 seorang / sehari/ dengan kemudahan

KB-Kenderaan

KENDERAAN

3 69 -

KB-surau

SURAU

1

 80 orang Tidak dikenakan bayaran

KB-PusatSumber

PUSAT SUMBER

 20orang Tidak dikenakan bayaran

KB-BilikMesyuarat

BILIK MESYUARAT

1 Bilik 30 org RM 25.00 sejam

Mel-MakmalKomputer

MAKMAL KOMPUTER

31 buah  31 orang  Belum ada

Mel-BilikMasak

BILIK MASAKAN

1  15 orang

RM16.00 = Sejam

BILIK JAHITAN 1   Tiada
PADANG 1   Tiada
GELANGGANG 1   Tiada
KERUSI BANQUET    

RM 2.00 seunit sehari

KERUSI PLASTIK    

RM 0.50 seunit sehari

KERUSI V.I.P (ROTAN)

    RM 30.00 seunit sehari
KIPAS ANGIN BERDIRI     RM 10.00 seunit sehari
TV     RM 50.00 seunit sehari
VCD PLAYER     RM 30.00 seunit sehari
LCD PROJECTOR     RM 80.00 seunit sehari
P.A SYSTEM     RM 30.00 seunit sehari
OHP     RM 80.00 seunit sehari
GELANGGANG BADMINTON     RM 5.00 sejam / RM 50.00 sehari
GELANGGANG BOLA JARING     RM 5.00 sejam / RM 50.00 sehari
GELANGGANG BOLA TAMPAR     RM 5.00 sejam / RM 50.00 sehari
Masalah
  1. Kawasan Parking :
    -Kawasan tempat letak kenderaan terhad kepada 10 buah kenderaan dan berkongsi dengan bas PLK Melaka.
  2. Pentadbiran :
    - Kekosongan jawatan – 2 orang Jurulatih Gred S22 yang masih belum diisi.
    - Ruangan Pejabat tidak mencukupi untuk kakitangan.
    - Tiada ruang penyimpanan /stor yang teratur terutama ruang penyimpanan fail dan rekod, penyimpanan peralatan seperti kerusi, meja, kipas dan lain-lain yang tidak digunakan.
    - Menghadapi masalah talian internet dan teknikal komputer.
    - Tekanan air rendah kerana sistem perpaipan yang terlalu lama yang tidak diselanggara.
    - Pili bomba tidak diselenggara.
Cadangan
    1. Menaiktaraf Bangunan Asrama, Dewan Makan, Dewan Besar dan Pembinaan Tembok Pagar serta Menambak Tanah di Bahagian Belakang Dewan Besar.
    2. Memperluaskan Ruang Pejabat supaya semua kakitangan dapat ditempatkan di dalam satu ruang sama.
    3. Menambah ruang letak kereta yang sama dengan bilangan kakitangan.
    4. Mengadakan penyelanggaraan berkala keatas pili bomba.
    5. Membuat semula sistem perpaipan keseluruh bangunan.
    6. Menwujudkan jawatan Juruteknik Komputer untuk mengendalikan masalah komputer. Sekiranya wujudnya jawatan Juruteknik Komputer masalah teknikal komputer/internet dapat diselesaikan dengan lebih mudah dan cepat.

Program-program KEMAS

gambar

Pendidikan Awal Kanak-Kanak

TABIKA & TASKA Bertanggungjawab ke atas pelaksanaan pend...

Lihat Sepenuhnya
gambar

Pendidikan Kemahiran

     UNIT PENDIDIKAN KEMAHIRAN &nbs...

Lihat Sepenuhnya
gambar

Pembangunan Komuniti

    SEKSYEN KESEJAHTERAAN DESA ...

Lihat Sepenuhnya
gambar

Latihan dan Pembangunan Profesional

     KURSUS SIJIL PENDIDIKAN AWAL KANAK-KA...

Lihat Sepenuhnya