Direktori | Webmel Staf etika4  facebook utube2 rss  mobile small
Color Color Color
A- A A+
1akses
Info Terkini:
Tiada berita terkini buat masa ini

ILK Kuala Lumpur

kemaskemas

Institut Latihan KEMAS, Kuala Lumpur, Jalan Syed Putra, 50460 Kuala Lumpur
No. Tel : (03)- 2274 3117 / No. Faks : (03)- 2273 2534
( Pengetua : Sharifah Begum Binti Arabjan )

 

Pengenalan
 

Pusat Latihan KEMAS Kuala Lumpur telah dibina di atas tanah lot no.1100 seksyen 69 dengan keluasan 10180 meter persegi. Pada mulanya dikenali dengan nama Taman Asohan RIDA. Di buka dengan rasminya pada 4 Jun 1956 oleh Yang Teramat Mulia Tuanku Abdul Rahman Putra Al-Haj iaitu Ketua Menteri bagi Persekutuan Tanah Melayu.

Antara fungsi awal penubuhannya ialah “memberi latihan yang sesuai kepada kaum ibu untuk mempertingkatkan ilmu pengetahuan agar bertanggungjawab kepada keluarga dan masyarakat.

Pada tahun 1963, namanya bertukar menjadi Taman Asuhan Wanita. Tahun 1965 ditukar kepada Taman Latihan Wanita dan seterusnya ditukar kepada Pusat Latihan Wanita dan Pembangunan Keluarga pada tahun 1975.

Pada tahun 1981 Pusat Latihan Wanita dan Pembangunan Keluarga bertukar nama menjadi Pusat Latihan KEMAS Kuala Lumpur.

Pada awal pembinaan, ia mempunyai sebuah asrama yang menampung peserta sekitar 80-100 orang pada satu-satu masa. Ia juga dilengkapi dengan sebuah dewan kuliah, rumah pengetua dan 6 unit rumah pekerja.

Memandangkan pesatnya keperluan latihan terutama dalam bidang teknologi maklumat, sebuah bangunan tambahan dibina dengan kos berjumlah RM270,000.00 bersambung dengan bangunan asrama.

Bangunan yang siap dibina pada tahun 1963 ini menempatkan bilik komputer, bilik masakan, makmal pra sekolah dan TABIKA.

Pada tahun 2007 hingga 2010 proses baikpulih dan naik taraf pusat ini telah dijalankan dengan kerjasama Jabatan Kerja Raya (JKR) Wilayah Persekutuan.

Pada April 2010, Pusat Latihan KEMAS(PLK) Kuala Lumpur menempa sejarah kerana telah diiktiraf menjadi Institut Latihan KEMAS Kuala Lumpur (ILK)

 

Objektif

 

  1. Memberi latihan pra perkhidmatan kepada bakal Pemaju Masyarakat TABIKA dan TASKA.

  2. Memberi latihan dalam perkhidmatan kepada anggota KEMAS bagi meningkatkan mutu kerja.

  3. Menggunakan kemudahan yang sediada untuk kakitangan, pihak KEMAS dan lain-lain Agensi.

 

Fungsi / Program

  1. Mengendalikan urusan pentadbiran secara keseluruhannya merangkumi pengurusan pejabat,kakitangan,bangunan,peralatan,kenderaan,kebersihan dan keceriaan serta kawalan keselamatan dengan efisyen dan berkualiti secara konsisten.
  2. Merealisasikan fungsi ILK Kuala Lumpur sebagai institusi menjana ilmu dan menggilap bakat peserta Kursus Asas Pendidikan Awal Kanak-Kanak dan lain-lain kursus anjuran KEMAS bagi melahirkan guru-guru TASKA,TABIKA yang profesional, berketrampilan, berdaya maju berdaya saing seiring dengan arus pembangunan negara era globalisasi.
  3. Beriltizam untuk merealisasikan piagam pelanggan ILK Kuala Lumpur.

 

Peta Lokasi

** Sila klik gambar untuk lihat lebih jelas.

kemas

 

 

Kemudahan

KemudahanKuantitiKapasitiKadar Sewaan

kemasDEWAN BESAR

1 120 org 1 jam = RM 120.00
4 jam = RM 430.00
1 hari = RM 770.00

kemasDEWAN KULIAH

1 kelas = 40 org
(kelas boleh mudahalih)
120 org 1 jam = RM 35.00
1 hari = RM 250.00

kemasASRAMA QUARTERS

Bilik 6 katil
Bilik 4 katil
Asrama Quarters :
  1. i. VIP (1 rumah)
  2. ii.Biasa (8 rumah)
12 org
60 org

5 org
50 org
RM 50.00
RM 60.00 sehari
Tidak dikenakan bayaran.

kemasBILIK TAMU 1

1 katil Queen 2 org RM 100.00 sehari seorg

kemasBILIK TAMU 2

1 katil Queen
1 katil single
2 org 1 org RM 100.00 sehari seorg

kemasDEWAN MAKAN

Bilik Makan VIP – 1
Bilik Makan Terbuka – 6 meja bulat
16 org
60 org
RM 100.00-sehari
RM 90.00-sehari

kemasKENDERAAN

1 kereta Waja 4 org Tiada disewakan

kemasSURAU (3 buah)

  1. Surau Lelaki
  2. Surau Perempuan
  3. Surau Quartes
25 org
25 org
100 org
Tidak dikenakan bayaran

kemasPUSAT SUMBER

1 Bilik 50 org Tidak dikenakan bayaran

kemasBILIK MESYUARAT

1 Bilik 40 org Tidak dikenakan bayaran

kemasMAKMAL KOMPUTER

2 Bilik 40 org  

kemasBILIK MASAKAN

1 Bilik 30 org

RM75.00 = Sejam
RM540.00 = Sehari

kemasBILIK GIMNASIUM

1 Bilik 15 org Seorang@sekali masuk = RM 2.00
Sejam = RM 20.00

kemasKAWASAN PARKING

Tiada Tiada Tiada
BILIK JAHITAN Terhad Terhad Tiada
PADANG Tiada Tiada Tiada
GELANGGANG Tiada Tiada Tiada

  

Isu / Masalah

  1. Kawasan Rekreasi terhad
  2. Tidak mempunyai padang untuk permainan luar
    contoh: Gelanggang Bola Jaring / Futsal
  3. Parking terhad terutama untuk program skala besar

 

Cadangan Penambahbaikan

  1. Perlu mewujudkan perjawatan juruteknik bangunan
  2. Tanah kosong yang sediaada perlu dibangunkan untuk kegunaan Institusi Latihan, Kuala Lumpur

 

Lain-lain

Lokasi terletak berhampiran dengan:

  1. Stesyen Monorel Tun Sambathan
  2. KL Sentral
  3. Hentian Pudu Raya
  4. Shpping Complex-Mid Valley
  5. Istana Negara Lama

Program-program KEMAS

gambar

Pendidikan Awal Kanak-Kanak

TABIKA & TASKA Bertanggungjawab ke atas pelaksanaan pend...

Lihat Sepenuhnya
gambar

Pendidikan Kemahiran

     UNIT PENDIDIKAN KEMAHIRAN &nbs...

Lihat Sepenuhnya
gambar

Pembangunan Komuniti

    SEKSYEN KESEJAHTERAAN DESA ...

Lihat Sepenuhnya
gambar

Latihan dan Pembangunan Profesional

     KURSUS SIJIL PENDIDIKAN AWAL KANAK-KA...

Lihat Sepenuhnya