Direktori | Webmel Staf etika4 facebookutube2rss mobile small
Color Color Color
Bahasa Lain
A- A A+
1akses

Perutusan Ketua Pengarah

KP KEMAS new

Perutusan Ketua Pengarah KEMAS Malaysia

Assalamualaikum WBT, Salam Sejahtera & Salam 1 Malaysia.

Bermula 01 Julai 2016 dengan rasminya saya telah dilantik memegang jawatan sebagai Ketua Pengarah KEMAS yang ke-10. Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada YB Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) serta Ketua Setiausaha KKLW di atas kepercayaan yang diberikan.

Terima kasih juga diucapkan kepada Mantan Ketua Pengarah KEMAS YBhg Dato’ Hassan bin Mohd Amin diatas khidmat bakti yang diberikan selama 4 tahun menerajui KEMAS.

Jawatan Ketua Pengarah ini merupakan satu amanah dan tanggungjawab besar yang perlu saya teruskan. Sokongan dan bantuan dari semua pihak khususnya anggota KEMAS sendiri amatlah diharapkan.

 
Saya juga berharap setiap anggota KEMAS terus gigih berkhidmat fokus kepada 3 perkara utama iaitu :

1. Pengurusan Yang Cekap – merangkumi Pengurusan Sumber Manusia, Pengurusan Kewangan dan Pengurusan Aset serta Mematuhi setiap pekeliling/peraturan yang berkuatkuasa.
2. Impak Program Yang Dilaksana – melaksanakan program atau aktiviti yang benar-benar memberi impak dan faedah kepada masyarakat. Selain itu, program yang dilaksanakan bukan bergerak secara silo, tetapi secara berkobolarasi dengan agensi-agensi lain.
3. Kestabilan Politik – merangka pelan strategik dan melaksanakan program yang berkesan bagi menentukan rakyat agar terus memberi sokongan kepada Kerajaan.
Marilah kita warga KEMAS bersama-sama menguatkan tekad, cekalkan semangat dan tingkatkan usaha demi menjamin masa depan agama, bangsa dan negara agar terus terbilang.

Sekian, terima kasih.

YBHG DATO' AMIRUDDIN BIN ARIFFIN

KETUA PENGARAH KEMAS

MALAYSIA

Program-program KEMAS

gambar

Pendidikan Awal Kanak-Kanak

TABIKA & TASKA Bertanggungjawab ke atas pelaksanaan pend...

Lihat Sepenuhnya
gambar

Pendidikan Kemahiran

     UNIT PENDIDIKAN KEMAHIRAN &nbs...

Lihat Sepenuhnya
gambar

Pembangunan Komuniti

    SEKSYEN KESEJAHTERAAN DESA ...

Lihat Sepenuhnya
gambar

Latihan dan Pembangunan Profesional

     KURSUS SIJIL PENDIDIKAN AWAL KANAK-KA...

Lihat Sepenuhnya